Siakap Keli

Ikan Mola-Mola Gergasi Ditemui Terdampar Di Pantai Australia Selatan

Ikan mola-mola atau turut dikenali sebagai ikan matahari bersaiz gergasi muncul di pantai Australia Selatan. Ikan ini bersaiz 1.8 meter atau 6 kaki pertama kali dijumpai oleh sekumpulan nelayan yang sedang berjalan di sepanjang pasir pantai Taman Negara Coorong, 80km selatan, Bandar Adelaide.

Pada mulanya, mereka menyangkakan bahawa itu serpihan kayu sehinggalah mereka mendekati dan menyedari bahawa itu ialah ikan mola-mola bersaiz gergasi. Linette Grzelak berkata lagi bahawa beliau mengambil gambar dan memuat naik di laman sosial facebook.

 

Pasanganya, Steves Jones yang telah bekerja sebagai nelayan selama bertahun-tahun berkata bahawa beliau hanya pernah mendengar nama namun tidak pernah melihat secara berdepan apatah lagi bersaiz gergasi. Oleh itu, mereka bergambar dan mengabadikan sebagai kenangan. “Kulitnya sangat kasar dan keras seperti kulit badak”

Ikan mola-mola yang menerima jolokan ikan matahari adalah kerana ia suka berjemur di permukaan laut dan senang untuk dijumpai di perairan dunia sederhana di seluruh dunia. Ciri-ciri ikan mola-mola termasuklah berkepala besar, mulut yang tidak seimbang, tidak berekor dan mempunyai dubur yang panjang.

Pakar mengatakan bahawa ikan yang ditemui itu adalah bersaiz sederhana dan masih ada lagi ikan mola-mola yang bersaiz lebih besar daripada itu. Di kawasan itu, orang ramai akan tertukar pandangan dan menyangka bahawa ikan mola-mola ialah ikan jerung. Ikan mola-mola juga menjadi penyebab bot kepunyaan masyarakat tempatan Australia yang tinggal di persisiran pantai rosak.

Spesies ikan ini tidak berbahaya kepada manusia sebaliknya ikan ini dikenali sebagai ikan yang mempunyai keinginan untuk tahu yang tinggi, terutamanya jika melihat penyelam. Ia akan mendekati tanpa rasa takut. Walaubagaimanapun, ikan ini diancam kepupusan. Di Jepun, ikan ini ditangkap dan dijadikan makanan di restoran-restoran mewah.

Sehubungan dengan itu, pihak berkuasa Indonesia mengambil keputusan untuk mewartakan ikan mola-mola untuk melindungi spesis ikan ini terutamanya di Bali iaitu pantai Nusa Penida dan dibiarkan hidup bebas di habitatnya.

Sumber: BBC

Nur Shuhada Ahmad

part-time manusia