Siakap Keli
Sumber: CNN

Isteri Sudah ‘Pergi’ Selamanya, Impian Lelaki Ini Mahu Bina Kehidupan Baru Di New Zealand Kini Hanya Tinggal Kenangan

Abu Nazer dan isterinya Ansi Alibava pernah memasang impian untuk untuk membina sebuah kehidupan di New Zealand. Namun impian yang mereka angankan hanyalah tinggal kenangan setelah isterinya Alibava merupakan salah seorang mangsa yang terkorban dalam tragedi tembakan secara rambang di dua buah masjid di New Zealand yang berlaku pada minggu lepas.

Nazer telah mendapatkan sejumlah pembiayaan dari kerajaan untuk pindah dan menetap di New Zealand kerana perkara tersebut akan memudahkan Alibava untuk mengambil pengajian dalam Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan di sebuah universiti tempatan di New Zealand. Sementara dia bertugas sebagai seorang pekerja di pasar raya tempatan untuk menampung perbelanjaan mereka berdua di sana.

Perancangan mereka, setelah isterinya menamatkan pengajian di universiti Nazer berharap agar isterinya mendapat pekerjaan yang menawarkan gaji yang lumayan di sana dan ingin bermastautin di negara tersebut dalam beberapa tahun sebelum pulang semula ke Kerala India.

Sumber: CNN

Namun, segala perancangan mereka berubah setelah berlakunya tragedi tembakan secara rambang di Christchurch.

Menurut cerita Nazer, semasa kejadian dia dan isterinya turut sama berada di dalam masjid tersebut. “Sebelum Solat Jumaat ditunaikan, saya mendengar satu bunyi ibarat letupan dan saya memikirkan mungkin ianya merupakan letupan dari belon yang dimainkan oleh kanak–kanak di luar masjid”.

Namun selepas beberapa saat, saya sekali lagi mendengar satu lagi bunyi tembakan yang saya rasa datangnya dari senjata yang berkuasa tinggi. Dan pada kali ini, saya lihat ramai orang berpusu-pusu berlari untuk menyelamatkan diri”.

“Saya bernasib baik kerana saya merupakan salah seorang orang yang berada dekat dengan pintu kecemasan masjid dan selepas seseorang memecahkan kaca di pintu tersebut, saya turut melarikan diri sebelum orang ramai mula merempuh saya dan saya lihat kesan darah pada pakaian mereka.”

Selepas berjaya menyelamatkan diri Nazer kemudian berlari ke arah rumah jiran-jiran terdekat untuk mendapatkan bantuan dengan menghubungi balai polis berdekatan sebelum kembali ke masjid untuk mencari isterinya.

Menurut beliau situasi dan keadaan di kawasan tersebut amat mengerikan. Tubuh badan bertaburan di jalan dan kawasan tersebut juga dipenuhi dengan limpahan darah. Saya juga turut melihat ramai orang cedera di situ sebelum menemukan tubuh isterinya yang sudah tidak bergerak terbaring di jalan raya.

“Semasa saya mendekati tubuh isteri saya, salah seorang anggota polis di kawasan kejadian telah menahan saya dan meminta saya supaya meninggalkan kawasan tersebut dengan segera. Saya berlari menuju ke kawasan yang lebih selamat dan disana saya meminta bantuan dari orang ramai untuk mencari isteri saya.

Sehari selepas hari kejadian, pihak polis telah mengeluarkan senarai identiti mangsa yang terlibat dan Alibava disahkan merupakan salah seorang mangsa yang terlibat di tempat kejadian. Namun, Nazer tidak mempercayai kenyataan yang telah dikeluarkan oleh pihak polis dan meminta supaya George rakan baiknya menghantarnya ke hospital untuk mencari Alibava.

Namun usaha yang dilakukan oleh mereka berdua hanya sia-sia kerana Alibava memang merupakan salah satu mangsa yang terkorban semasa dia diminta untuk membuat pengecaman mayat isterinya itu di hospital.

Menurut George, Nazer dan Alibava telah mendirikan rumahtangga pada dua tahun yang lepas dan mereka berdua amat saling sayang-menyayangi antara satu sama lain. Manakala, Ali Tao salah seorang pelajar universiti Lincoln dan merupakan rakan baik kepada Alibava menyatakan bahawa pasangan tersebut memang saling mencintai antara satu sama lain.

Ali Ao berkata “saya dapat lihat perkara tersebut semasa awal-awal kedatangan mereka ke New Zealand di mana mereka berdua saling kenal-mengenali dan mula menyukai antara satu sama lain.”

Alibava dikatakan telah menamatkan pengajiannya selepas melakukan penyelidikan tambahan semasa musim panas yang lalu yang membolehkan dirinya menamatkan pengajian lebih awal berbanding rakan-sekelasnya yang lain.

Ao juga berkata “dia merupakan salah seorang pelajar yang disenangi oleh Professor di universiti dan semua orang. Dia juga merupakan seorang pelajar yang pintar meskipun dia merupakan seorang yang tidak suka membuat sebarang tugasan.”

Sumber:CNN

“Isnin lalu, universiti kami juga telah membuat upacara penghormatan kepada mangsa-mangsa yang terlibat dengan tragedi tersebut. Dan dalam upacara itu, salah seorang Naib Chanselor universiti telah menyatakan dia begitu kesal dengan kejadian tersebut dan mengatakan serangan yang dilakukan atas sebab agama ini sungguh tidak masuk akal.”

“Persatuan Mahasiswa Kerala di universiti kami juga ada membuatĀ  kutipan derma untuk disumbangkan kepada mangsa-mangsa yang terlibat dalam tragedi tersebut terutamanya Nazer yang merupakan salah seorang suami kepada salah seorang pelajar dari Kerala iaitu Alibava.” kata Ao lagi.

Bantuan tersebut telah dimulakan dengan salah seorang pelajar dalam komuniti tersebut dengan menubuhkan satu halaman untuk mengutip derma di internet dengan menggunakan nama “Givealittle”. Bantuan yang dikumpul kemudiannya akan digunakan untuk membantu Nazer membiayai sejumlah wang pinjaman yang telah dibuat olehnya iaitu kira-kira $70,000 dollar New Zealand ($48,000) untuk dibayar kepada kerajaan India semula yang telah digunakan semasa Alibava menyambung pengajiannya.

Nazer juga akan membawa pulang jenazah isterinya ke Kerala India untuk penghormatan terakhir dari keluarga mereka di sana. Pada masa sekarang, Nazer masih belum membuat apa-apa perancangan walaupun jauh di lubuk hatinya dia ingin terus menetap di New Zealand kerana padanya begitu banyak kenangan pahit dan manis antara dia dan isterinya disana.

Sumber: CNN

Helmi

"Write every day even if it is just a paragraph"