Siakap Keli

New Zealand Haramkan Senapang Dan Senjata Separa Automatik

Perdana Menteri Australia, Jacinda Arden telah mengumumkan rancangan untuk mengharamkan senjata separa automatik dan senapang yang digunakan dalam serangan ketenteraan (assult rifles) berikutan insiden tembakan pengganas yang menewaskan 50 orang di Christchurch.

Arden berkata bahawa larangan itu akan berkuatkuasa untuk senjata yang mempunyai jumlah peluru berkapasiti tinggi (banyak) dan senjata separa automatik.

Gambar : News.com.au

Beliau berkata undang-undang itu akan dilaksanakan pada 11 April 2019 ini.

Tambah Arden lagi, penguatkuasaan peraturan perlesenan dan menyekat membelian senjata api akan berlaku serta merta.

Ini bermakna tiada siapa yang dapat membeli senjata tanpa keizinan daripada pihak polis.

Gambar : The Japan Times

Perdana Menteri juga berkata bahawa kerajaan akan memperkenalkan skim pembelian semula untuk memastikan pampasan yang adil dan munasabah dibayar kepada pemilik senjata.

Dia menjangkakan program itu boleh menelan kos beratus juta ringgit.

Gambar : Axios

Arden turut menambah bahawa orang ramai akan diberi masa untuk mematuhi peraturan baru itu.

Beliau juga tidak akan menghukum pemilik senjata yang menggunakannya dengan sah (ada lesen).

“Saya percaya bahawa majoriti pemilik senjata akan menyokong apa yang kita lakukan hari ini kerana ia demi kita semua”

“Tindakan ini dilakukan untuk kepentingan nasional dan isu keselamatan”

“Saya akan bekerja keras untuk mengekalkan sokongan terhadap tindakan ini (pengharaman senjata) untuk menghalang keganasan berlaku sekali lagi di negara kita”

Gambar : Getty

Menteri Polis New Zealand, Stuart Nash juga bersetuju untuk melakukan perubahan itu secepatnya. Katanya :

“Tindakan ini akan memberi perbezaan yang nyata dan memjadikan New Zealand tempat yang lebih selamat.”

“Seperti yang telah dikatakan Perdana Menteri, sudah masanya untuk bertindak sekarang.”

Sumber : abc.net.australia

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.