Siakap Keli

Pakar Bedah Tak Dapat Tahan Sebak Bercerita Pengalamannya Rawat Kanak-Kanak Perempuan 4 Tahun Mangsa Pengganas Di Christchurch

Seorang pakar bedah vaskular yang ditugaskan merawat seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun yang cedera parah dalam tragedi solat jumaat di Christchurch pada minggu lalu menangis semasa menggambarkan tentang keadaan kanak-kanak itu ketika ditemu bual oleh wartawan.

Dr Adib Khanafer, yang turut dikenali sebagai Eddie dikalangan rakan-rakannya, menyatakan bahawa semasa dia sedang menyelesaikan tugasnya di dalam bilik bedah seperti hari-hari biasa, dia telah dipanggil untuk menguruskan satu pembedahan yang memerlukan pemerhatian segera.

Sambil menceritakan pengalamannya itu dengan titisan air mata yang mengalir di pipinya, Khanafer menyatakan “semasa saya memasuki bilik bedah tersebut, saya berasa teramat sedih sebaik melihat seorang kanak-kanak perempuan terbaring berseorangan di bilik bedah dengan kecederaan yang parah akibat ditembak oleh penyerang bersenjata pada jumaat lalu. Ianya merupakan pengalaman yang paling saya tidak dapat lupakan sepanjang karier saya sebagai seorang pakar bedah di hospital Christchurh ini.”

“Saya ada 4 orang anak, anak saya yang paling muda berusia 7 tahun, yang paling tua pula 14 tahun, dan saya tak dapat membayangkan jikalau kanak-kanak yang terlantar di bilik bedah ini merupakan salah seorang anak saya. Saya berjaya melakukan tugas saya kerana terpaksa mengenepikan emosi yang menyelebungi diri saya sehinggalah saya selesai merawat kanak-kanak tersebut”. Ujar Khanafer.

“Saya seorang penganut islam dan berketurunan Arab. Tetapi saya dilahirkan di England. Semua rakan-rakan saya yang rata-ratanya berasal dari New Zealand tidak henti-henti menghantar emel, mesej dan ada juga yang menghantar bunga kepada saya susulan daripada tragedi yang telah meragut 50 nyawa orang islam yang tidak berdosa itu di masjid di Christchurch.”

 

Kanak-kanak perempuan itu dipindahkan ke Hospital Kanak-Kanak Starship yang terletak di Auckland pada malam hari kejadian. Ayah kepada kanak-kanak tersebut yang juga dirawat di unit rawatan rapi turut dipindahkan ke hospital di Auckland pada hari sabtu.

Sumber: nzherald.co.nz

Menurut ketua bahagian unit rawatan kecemasan, Dr Dominic Fleischer, dia langsung tidak menjangkakan kejadian seperti ini boleh berlaku di Christchurch.

“Saya tidak menjangkakan langsung kejadian yang dahsyat ini boleh berlaku di Christchurch, saya hanya boleh menjangkakan jika keadaan panik serta traumatik sebegini berlaku hanyalah disebabkan gempa bumi, bukan macam ini,” katanya.

Menurut Fleischer, hanya seorang daripada 48 orang mangsa yang dihantar ke hospital itu sahaja yang berjaya diselamatkan daripada tragedi berdarah itu. Dia turut memuji kesemua staf di hospital tersebut kerana berjaya memastikan kesemua pesakit mendapat layanan yang terbaik.

“Kami tidak pernah kekurangan staf dalam unit trauma,”katanya. “Tidak ada seorang pun pesakit yang perlu menunggu untuk mendapatkan rawatan, sebaliknya kesemua pesakit itu terus dirawat sejurus selepas staf kami meyedari kehadiran mereka.”

https://www.youtube.com/watch?v=gXKV2qsGPNU

Sumber: The Guardian

 

Jawatan Kosong di Siakap Keli

Kami mencari mereka yang berminat mengisi jawatan Penulis di Siakap Keli

  • Kelayakan minimum SPM dan ke atas, fresh graduate amat digalakkan
  • Berumur 28 tahun ke bawah
  • Memang meminati bidang penulisan
  • Mempunyai pengetahuan luas tentang isu semasa
  • Mengusai bahasa Melayu dan English dengan baik, mengusai bahasa ketiga adalah satu kelebihan
  • Menepati masa dan bertanggungjawab

Jika berminat, email resume dan CV ke [email protected]

Aqmal Ezany

I write what is right