Siakap Keli

Pekerja Kena Pecat Selepas Turunkan Komen Rai Serangan Pengganas Di Christchurch

Seorang pekerja kumpulan Transguard yang berpangkalan di UAE telah dipecat selepas dia didakwa meraikan serangan ke atas umat Islam di New Zealand minggu lalu.  Dia menyiarkan komen yang tidak sensitif di Facebook dengan menyatakan sokongannya terhadap serangan pengganas.

Dalam satu kenyataan di laman web rasmi mereka, Transguard Group berkata, “Pada minggu lalu, salah seorang pekerja Transguard memuat naik komen tidak sensitif pada akaun Facebook peribadinya yang meraikan serangan masjid yang menyedihkan di Christchurch, New Zealand.

“Kami mempunyai dasar toleransi sifar untuk kegunaan media sosial yang tidak sesuai, dan akibatnya individu ini segera ditamatkan dan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan,” kata Pengarah Urusan Greg Ward dalam kenyataan yang dikeluarkan pada hari Selasa.”

Pekerja tersebut disabitkan kesalahan dibawah dasar syarikat dan Undang-Undang Cybercrime UAE No. 5 tahun 2012.  Ekoran kesalahannya itu juga, dia telah dihantar pulang oleh kerajaan UAE.

Sumber: Khaleejtimes

Nur Farra