Siakap Keli

Tafakur 2 Minit Seluruh Negara, Solat Jumaat Berhampiran Masjid Al Noor Esok Bakal Dibanjiri Ribuan Jemaah

Ribuan jemaah dijangka akan menghadiri sembahyang Jumaat esok di Christchurch selepas kejadian serangan yang mengorbankan puluhan nyawa minggu lalu.

Gamal Fouda, imam masjid Al Noor, berkata beliau menjangkakan 3,000 hingga 4,000 orang termasuk ramai yang datang dari luar negara, untuk menyertai solat, yang mungkin diadakan di Hagley Park, di seberang jalan dari masjid.

Fouda berkata para pekerja masjid telah bekerja sepanjang masa untuk membaiki kemusnahan dari serangan 15 Mac lalu dan membukanya semula sebaik segalanya selesai.

Pada hari Khamis, Ardern memberitahu media bahawa ‘two minute silence’ akan diadakan di seluruh negara dan panggilan untuk solat akan disiarkan menerusi TVNZ dan Radio New Zealand untuk memperingati serangan itu.

Sekurang-kurangnya enam lagi pengebumian dilakukan pada hari ini, termasuk pengebumian Mohammed Daoud Nabi, lelaki berusia 71 tahun yang membuka pintu masjid Al Noor kepada lelaki bersenjata itu.

Sumber: The Guardian

Nur Farra