Siakap Keli
Taufan Trevor - Herald Sun

Taufan Trevor Diramal Badai Wilayah Utara Australia

Canberra : Amaran taufan tropika kategori lima dikeluarkan kepada penduduk di wilayah utara Australia, lapor agensi berita Xinhua.

Pegawai Biro Meteorologi, Gabriel Brenescu berkata taufan Trevor kini singgah di Teluk Carpentaria dan diramal mendarat di kawasan pantai timur wilayah itu dalam tempoh dua atau tiga hari lagi.

Pihak berkuasa pada Rabu telah mengarahkan penduduk di wilayah itu supaya berpindah sebagai langkah berjaga-jaga.

Menurut ramalan Biro Meteorologi, kelajuan angin taufan kategori lima mencecah sehingga 280 kilometer sejam dan boleh mengakibatkan kerosakan yang teruk.

Pada Mac 2018, taufan tropika dinamakan Taufan Marcus membadai wilayah itu menyebabkan kerosakan besar dengan nilai kerugian dianggarkan kira-kira 85 juta dolar Australia (US$60.5 juta).

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.