Siakap Keli

(Video) Letak Tisu Tanda ‘Cop’ Meja Di Kedai Makan, Lelaki Mengamuk Baling Timbunan Piring Selepas Meja Itu Diambil Orang

Seorang lelaki telah memecahkan timbunan piring akibat terlalu berang dengan tindakan seorang pelanggan yang mengambil tempat duduknya.

Dikatakan bahawa lelaki berkenaan telah ‘menempah meja’ itu dengan sepeket tisu.

Gambar : Stomp

Menurut saksi, sewaktu kejadian itu terjadi kepada abangnya bersama ahli keluarga dan sahabat yang sedang menikmati makan malam di sebuah restoran Singapura.

Abang dan sahabatnya pergi ke kaunter untuk memesan makanan dan meninggalkan anak mereka di meja makan. Beberapa minit setelah itu, datang sepasang kekasih sambil meletakkan sepeket tisu di atas meja makan berkenaan.

Namun perlakuan pasangan terbabit tidak disedari oleh anak abangnya yang duduk di situ. Tidak lama kemudian, abang, isteri bersama sahabat mereka kembali ke meja dengan membawa beberapa keping piring.

Gambar : Stomp

Pertengkaran itu bermula apabila pasangan tadi tiba-tiba datang ke meja berkenaan dan memaksa supaya keluarga itu beredar. Malah, lelaki itu juga mengatakan bahawa dia telah ‘cop’ meja itu dengan sepeket tisu.

Berikutan keengganan keluarga tadi untuk meninggalkan meja. Lelaki terbabit mencapai timbunan piring di atas meja dan melemparkannya.

Perlakuannya itu menakutkan semua pelanggan yang sedang menikmati makan malam mereka. Orang awam cuba memarahi dan menghalang tindakan lelaki terbabit namun tidak dihiraukan.

Malah lelaki itu cuba melakukan serangan namun terhalang akibat kerana ada di kalangan orang awam yang merakam tingkah lakunya.

Sumber : Asiaone.com

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.