Siakap Keli
Gambar Hiasan

(VIDEO) Pengguna Twitter Sahut Cabaran “MyPronounciationChallenge”

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Jika sebelum ini kita dikejutkan dengan satu bentuk cabaran yang berfaedah seperti “ChallengeForChange” yang mendapat sambutan hangat dalam kalangan netizen.

Baru-baru ini muncul lagi satu challenge yang sangat berguna disamping dapat memperbaiki cara sebutan kita dalam sesuatu perkataan dalam bahasa Inggeris. Cabaran tersebut telah diberi nama “MyPronounciationChallenge”.

Saudara Megat Adli merupakan salah seorang pengguna Twitter yang telah membuat cabaran tersebut dengan membuat satu bebenang yang menggunakan pagar My Pronounciation Challenge. Dan cabaran tersebut terus disambut baik oleh rata-rata pengguna Twitter disebabkan cabaran tersebut mudah dilakukan.

Pelaku cabaran hanya perlu menyampaikan sebuah sajak yang bertajuk “The Chaos” yang ditulis oleh Gerald Nolst Trenite dalam “accent” tersendiri dan memuatnaik video tersebut dengan menggunakan pagar “My Pronunciation Challenge”.

Rata-rata pengguna Twitter mengakui bacaan yang dilakukan olehnya mempunyai “accent” yang tersendiri dan mereka kagum dengan kebolehannya melantunkan suara ibarat seorang “storyteller”.

Berikut adalah video beberapa pengguna Twitter yang telah membuat cabaran tersebut.

Sumber: Megat Adli

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di