Siakap Keli

(Video) Sewa Bulanan Sehingga RM1000, Ini Gambar-Gambar ‘Rumah Keranda’ Hong Kong Mengejutkan

Tempat tinggal sebenarnya adalah keperluan asasi bagi manusia. Rumah selain menjadi kediaman untuk berteduh, ada juga yang melihatnya sebagai satu pelaburan.

Jika wang yang dilabur ketika ini hanyalah beberapa ratus ribu, 10 atau 20 tahun lagi hartanah yang dibeli mungkin boleh mencecah jutaan ringgit.

Lakaran rumah keranda

Namun pada hari ini, tidak dapat dinafikan ramai yang masih belum mempunyai atau lebih tepat, belum mampu untuk memiliki rumah sendiri.

Golongan belia dan belia khususnya, memilih untuk menyewa dan berharap satu hari nanti ditakdirkan mampu untuk memiliki rumah di atas nama masing-masing.

Namun, jika anda melihat rumah-rumah flat di Hong Kong ini, mungkin anda sendiri tidak percaya bagaimanakah penduduknya mampu tinggal dalam rumah sedemikian rupa.

Kehidupan dalam rumah keranda.

Dengan penduduk mencecah 7.3 juta orang, Hong Kong sebenarnya hanyalah sebesar separuh daripada bandar Tokyo di Jepun. Manakala semua tanah-tanah tersebut pula dimiliki oleh kerajaan membuatkan rakyatnya bergantung kepada projek-projek perumahan yang disediakan oleh kerajaan.

Biarpun Hong Kong terkenal sebagai antara bandar paling mahal di dunia, ramai rakyatnya terpaksa memilih untuk menyewa ‘rumah keranda’ yang bersaiz 60 cm lebar dan 170 cm panjang dengan sewa bulanan bermula HK$ 1,750 (RM 905).

Gambar-gambar dibawah adalah rumah-rumah flat yang ditawarkan di Hong Kong.

modernmet
modernmet
modernmet
modernmet
modernmet
modernmet
modernmet
modernmet

Saksikan video Vox di bawah yang melawat rumah-rumah keranda di Hong Kong.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=hLrFyjGZ9NU]

Sumber: Moder Met, Nikkei Asian Review, The Guardian

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.