Siakap Keli

Ingatkan ‘Hantu’ Yang Kemas Meja Setiap Hari, Rupanya Tikus ‘Cinderella’ Punya Kerja

Lelaki British, 72 tahun, Stephen Mckears mula mempersoalkan ‘kewarasannya’ apabila menyedari objek atau alatan tukang yang dibiarkan bersepah, kelihatan kemas keesokkan harinya.

Mckears mula tertanya-tanya adakah ia kerja makhluk halus yang bersembunyi di dalam garaj rumahnya itu?

Dia kemudian memutuskan untuk menyelesaikan misteri itu dengan memasang kamera cctv untuk menjejaki ‘hantu’ tersebut.

Dengan bantuan seorang rakan yang merupakan seorang ahli paranormal dan mempunyai pengalaman menjejaki makhluk halus, Holbrook dipanggil bagi membantu misi itu.

Namun, apa yang mereka jumpai adalah ‘sesuatu’ yang tidak dijangka.  Makhluk yang disangka hantu itu merupakan seekor tikus kecil yang tekun mengemas peralatan dengan memasukkannya semula ke dalam bekas di sebelahnya.

Gelagat tikus itu seolah-olah membuktikan sang tikus yang suka membantu Cinderella dalam cerita rakyat barat itu memang wujud.

“Saya terkejut dengan tingkah lakunya yang sangat rajin.  Ia adalah tikus luar biasa,” kata Halbrook.

“Sering kali saya keluarkan kembali barang didalam bekas tersebut, namun keesokkannya ia terkemas rapi,” jelas Mckears.

“Ia akan mula ‘bekerja’ dari tengah malam sehingga 2.30 pagi setiap hari untuk melakukan tugas pembersihan sepanjang satu bulan ini.”

Sumber: Boredpanda

Nur Farra