Siakap Keli

“Kau Yang Seterusnya,” Perdana Menteri New Zealand Terima Ugutan Bunuh

Terbaru, pihak polis sedang menyiasat mesej ugutan bunuh yang dihantar kepada Jacinda Ardern, Perdana Menteri New Zealand menerusi medium media sosial.

Status Twitter ‘You are next’ (kamu seterusnya) dengan gambar sepucuk senjata telah di hantar kepada perdana menteri tersebut.

Media melaporkan bahawa mesej itu sempat disiarkan selama 48 jam sebelum akaun penghantar berkenaan disekat pada jam 4 petang (1 tenghari waktu malaysia) oleh orang ramai.

Akaun yang disekat itu mengandungi kandungan anti-islam dan berunsur kebencian kepada ‘white people’.

“Kami mengambil tindakan tidak lama selepas kami menerima laporan pertama pada Tweet ini, dan pasukan kami terus bekerja secara proaktif untuk menghapuskan kandungan yang melanggar dan menyalahi undang-undang,” kata wakil pejabat perdana menteri ketika dihubungi.

Sumber: Nzherald

Nur Farra