Siakap Keli

Kereta Terlalu Kotor, Pemandu Boleh Disaman Sebanyak RM1,800

New South Wales: Pemandu yang gagal membasuh kereta dengan betul boleh dikenakan denda sebanyak $450 (RM1800) dan kehilangan tiga titik demerit jika plat lesen mereka tidak dipaparkan dengan jelas.

Menurut Klausa 25 Peraturan dalam Perkhidmatan NSW Roads and Maritime, plat kereta mestilah jelas, bersih dan tidak boleh dikotori.

Walaupun undang-undang dan penalti berbeza di setiap negeri, pengguna media sosial telah cepat mengkritik undang-undang New South Wales (NSW) di pos Facebook.

Seorang pengguna Facebook menekankan sekatan air tahap 6 yang dilaksanakan kepada setiap penduduk.

Walau bagaimanapun, tidak semua pengguna Facebook mengkritik cadangan itu. Ada juga yang bersetuju tindakan polis NSW memberi denda kepada kenderaan yang kotor.

Sumber: Daily Mail

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Editor: Nur Farra

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di