Siakap Keli

Singapura Lancar Straw Diperbuat Dari Beras

Singapura pada hari ini telah melancarkan straw yang diperbuat daripada beras dalam usaha kerajaan di negara itu mengurangkn penggunaan plastik. Straw ini pertama kali digunakan di acara Cafe Asia 2019 dan Restoran Asia 2019 yang berlangsung sehingga 23 Mac.

 

Sebelum ini, pesaingan terdekat pengganti straw plastik ialah straw yang diperbuat daripada besi namun atas faktor kebersihan dan keprihatinan pengguna serta jumlah air dan sabun yang diperlukan membuatkan straw besi kurang mendapat tempat di kalangan masyarakat.

Straw ini boleh terus dimakan dan diperbuat daripada campuran beras dan ubi. Produk biodegrasi itu mengambil masa yang singkat untuk terurai iaitu dalam masa 90 hari. Selain itu, straw beras itu boleh digunakan selama 10 jam dalam minuman sejuk dan dua hingga tiga jam dalam minuman panas.

Straw ini menerima pengiktirafan halal dibuat oleh Nlytech Biotech Sdn Bhd yang berpangkalan di Pulang Pinang.

“Kami sedang membangunkan penghasilan dalam skala besar di Pulau Pinang. Produk ini dijangka akan dipasarkan secara komersial di pasaran tempatan serta dieksport bermula Mei 2019. Harga sangat mampu milik berbanding straw mesra-persekitaran yang lain” menurut CEO Nlytech Biotech Sdn Bhd, Law Yee Tee.

Sumber: Berita MediaCorp

Nur Shuhada Ahmad

part-time manusia