Siakap Keli

Singapura Uji Kenderaan Tanpa Pemandu Untuk Sapu Jalan Tahun 2020

Pada tahun 2020, Singapura rancang untuk menguji kenderaan tanpa pemandu dengan tujuan pembersihan jalan raya, demikian yang didedahkan oleh Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan Kementerian Pengangkutan (MOT) yang dinyatakan pada media pada khamis, 21 Mac.

Hal ini adalah berikutan dengan Permintaan Cadangan yang dikeluarkan pada tahun 2017. Dua konsortium dipilih untuk melakukan rekaan, membangunkan dan menguji kenderaan. Kejayaan ini dilihat akan membuka jalan bagi kerahan perintis AESV untuk permbersihan jalan.

gambar: Enway

Setiap ujian akan diuji dengan dua tahap konsortium,- pertama, setiap konsortium akan menguji ciri keselamatan kenderaan dalam litar di Pusat Ujian CETRAN AV. Dan konsortium ini terdiri daripada Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Enway, Veolia ES Singapore Industrial dan Wong Fong Engineering Works.

Konsortium yang kedua ialah terdiri daripada ST Engineering Land System dan 800 Super Waste Management.

Dalam ujian ini, mereka hanya dibenarkan memulakan percubaan di jalan raya di tapak uji AV yang berada di one north, selepas lulus penilaian keselamatan yang ketat, tambah NEA dan MOT.

“Seorang pemandu keselematan yang dilatih untuk mengambil kawala segera dikehendaki berada dalam AESV (Kenderaan Perkhidmatan Alam Sekitar Tanpa Pemandu) sepanjang tempoh percubaan, sebagai sebahagian protokol operasi yang ketat” kata pihak berkuasa itu.

Kenderaan sedemikian juga juga berpotensi meningkatkan hasil daya, mengoptimumkan penggunaan rangkaian jalan raya sambil meningkatkan daya penghasilan operasi pembersihan jalan raya, menurut Setiausaha Tetap Pengangkutan Loh Ngai Seng.

“Dengan kurangnya kebergantungan kepada tenaga manusia, kami berpotensi memindahkan aktiviti pembersihan jalan ke sebelah malam dan mengurangkan kesesakan pada siang hari.”

Sumber: Mediacorp.sg

Nur Shuhada Ahmad

part-time manusia