Siakap Keli

Macam Tak Percaya, Suara Vin Diesel Paling Mahal, Dibayar USD 54 Juta Untuk Watak Groot

Filem Avengers: Infinity War telah mendapat sambutan semasa tayangannya tahun lalu dengan jumlah kutipan sebanyak $2.048 billion USD, sekaligus mencatat pencapaian global tertinggi dalam sejarah perfileman.

Hanya selepas dua hari tayangannya, filem adaptasi komik Marvel ini telah mengutip $95 juta dengan Korea Selatan menjadi penyumbang terbesar iaitu sebanyak $11.4 juta, diikuti Australia $10 juta dan UK sebanyak $8.9 juta.  Malaysia pula telah menyumbang sebanyak $2.8 juta kepada kutipan tiket filem.

Menampilkan lebih 20 superhero yang telah diadaptasi komik terbesar Marvel dengan epik pertempuran besar dengan Thanos, pengakhiran cerita itu telah memberi impak kepada peminat tegar siri itu.

Walau bagaimanapun, hasil pendapatan setiap pelakon dalam filem ini antara yang menarik untuk kita tahu.  Jom tengok, berapa mereka dapat untuk setiap watak yang dimainkan?

Chris Evans – Captain America

Avengers: Infinity War – $8 juta

Captain America: The First Avenger – $150,000 

via GIPHY

Thor – Chris Hemsworth

Avengers: Infinity War – $12 juta

Thor: Ragnarok – $31 juta

via GIPHY

Black Panther – Chadwich Boseman

Avengers: Infinity War – Less than a million dollars

via GIPHY

The Hulk – Mark Ruffalo

Avengers: Infinity War – $5 hingga $6 juta

via GIPHY

Black Widow – Scarlett Johansson

Avengers: Infinity War – $20 juta

via GIPHY

Doctor Strange – Benedict Cumberbatch

Avengers: Infinity War – $5 juta

via GIPHY

Thanos – Josh Brolin

Avengers: Infinity War – $5 hingga $6 juta

via GIPHY

Loki – Tom Hiddleston

Avengers: Infinity War – $8 juta

via GIPHY

Star-Lord – Chris Pratt

Avengers: Infinity War – $5 juta

via GIPHY

Spider-Man – Tom Holland

Avengers: Infinity War – $3 juta

via GIPHY

Iron Man – Robert Downey Jr.

Avengers: Infinity War – $50 juta

via GIPHY

Groot – Vin Diesel

Avengers: Infinity War – $54 juta

via GIPHY

Terkejut dengan pendapatan yang diperoleh Vin Diesel? Penampilan Vin Diesel dalam filem tersebut hanyalah melalui suaranya namun, kredibiliti Vin tak dapat dipersoalkan lagi.

Disney tidak pernah mendedahkan pendapatan setiap pelakonnya, namun jumlah yang diperoleh ini adalah berdasarkan khabar angin dan pengesahan daripada beberapa sumber yang dipercayai.

Kalau tukar suara Groot dengan orang lain, rasa pelik pula kan?

Sumber: MENSXP

Nur Farra