Siakap Keli
Gambar Hiasan: Bernama

Menteri Saran Elak 15 Lokasi ‘Hotspot’ Risiko Lemas Sempena Cuti Sekolah Ini

Musim cuti sekolah kembali lagi.  Pasti ada diantara ibu bapa sudah merancang untuk membawa anak-anak bercuti di luar kawasan.

Pantai, sungai dan taman rekreasi air antara yang menjadi destinasi pilihan ibu bapa. Walau bagaimanapun, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengenal pasti 15 lokasi yang berisiko insiden mati lemas untuk dielakkan.

Memetik Bernama, tahun lalu menyaksikan sebanyak 182 insiden mati lemas di kawasan sungai atau tali air, 58 (pantai), 39 (lombong/tasik) dan 27 insiden di air terjun.

Menteri, Zuraida Kamaruddin memberitahu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah diarah mengawasi mengawasi kawasan berisiko tinggi bagi tujuan keselamatan di mana kes mati lemas kerap berlaku pada cuti persekolahan yang bermula hari ini dan esok.

LOKASI BERISIKO TINGGI:

Kawasan Sungai:

  1. Sungai Kampung Batu Payung, Tawau Sabah (15 nyawa)

  2. Sungai Sekolah Kebangsaan Cina Kampung Timah, Sungai Tinggi, Selangor (7)

  3. Sungai Kampung Sabak, Pangkalan Chepa, Kelantan (6)

  4. Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu, Selangor (6)

  5. Sungai Gasi, Sungai Buloh, Selangor (5)

Kawasan Pantai:

  1. Pantai Nipah, Bachok, Kelantan (14)

  2. Muara Tok Bali, pasir Puteh, Kelantan (7)

  3. Teluk Bahang, Pulau Pinang (7)

Kawasan Lombang/Empangan:

  1. Empangan Semenyih, Semenyih, Selangor (10)

  2. Empangan Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor (10)

  3. Jambatan Stesen KTM, Sungai Buloh, Selangor (5)

Kawasan Air Terjun:

  1. Sungai Sendat, Ulu Yam, Selangor (12)

  2. Sekayu, Terenggaqnu (11)

  3. Lata Berembun, Raub, Pahang (10)

  4. Chamang, Bentong, Pahang (5)

Nur Farra