Siakap Keli

“Saya Bukan Pengganas,” Kanak-Kanak 3 Tahun Curi Tumpuan, Turun Padang Sampaikan Mesej Tolak Kebencian

Hari ini, Dataran Merdeka diselubungi warna putih daripada rakyat Malaysia yang hadir bagi menyuarakan kedamaian dan menolak kebencian susulan insiden berdarah di Christchurch, New Zealand.

Tidak kira bangsa dan agama, perhimpunan itu disaksikan pelbagai latar belakang yang masing-masing membawa kain rentang serta sepanduk dengan mesej-mesej keamanan.

Apa yang menarik perhatian gambar yang dikongsi Twitter rasmi Bernama, seorang kanak-kanak berusia 3 tahun, Mucad Ibrahim antara yang turut hadir dengan sepanduk “Mucad Ibrahim, 3 Years Old, I am Not A Terrorist.”

“Mucad Ibrahim, 3 tahun, Saya Bukan Seorang Pengganas.”

Rata-rata yang hadir ingin menyampaikan mesej perhimpunan itu kepada seluruh negara dan seluruh dunia bahawa rakyat Malaysia berikrar untuk mengukuhkan tali persaudaraan dan persamaan dalam sebuah negara yang harmoni dan bersatu padu.

Nur Farra