Siakap Keli

(Video) Ibu Saudara Haziq Tahan Sebak Cerita Keadaan Keluarga Di New Zealand, Ucap Terima Kasih Kepada Rakyat Malaysia

Rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan ideologi politik akan berkumpul di Dataran Merdeka di sini hari ini, bagi melahirkan satu suara kedamaian sejagat dan menolak kebencian.

Perhimpunan yang berlangsung seawal 7.45 pagi di hadapan Dataran Merdeka mengumpulkan ribuan rakyat Malaysia memberi kehormatan susulan tragedi tembakan di dua masjid di Christchurch, New Zealand, 15 Mac lalu.

Ibu saudara Allahyarham Mohd Haziq Mohd Tarmizi, 17, yang turut terbunuh dalam insiden itu turut hadir memberi ucapan terima kasih atas sokongan yang diterima oleh kerajaan serta tak terkecuali, rakyat Malaysia.

Puan Zarina kelihatan sebak ketika memberikan ucapan mengenai keadaan adik dan anak saudaranya di New Zealand.

“Saya sebagai wakil kakak kepada Mohd Tarmizi, dan ibu saudara kepada Mohd Haziq antara mangsa korban di New Zealand memanjatkan rasa syukur kepada Allah swt atas kesempatan yang diberikan pihak tuan puan untuk perhimpunan hari ini.

“Sesungguhnya berat ujian yang menimpa saudara kami di New Zealand, dimana adik kami cedera dan anak saudara kami telah pergi selamanya.

“Kami sekeluarga sangat terharu diatas sokongan dan keprihatinan semua rakyat Malaysia terutama Yang Berhormat Menteri Agama, sudi menziarahi adinda kami di sana dan melihat lebih dekat keadaannya.

“YB Ahli Parlimen, Mahfus Omar dan pejabatnya banyak membantu urusan keluarga kami dan semua pihak yang mengadakan perhimpunan pada hari ini.

“Biarpun ujian ini berat diterima, kami sekeluarga redha menerima qada’ dan qadr Allah.

“Kami menyokong usaha ini bagi menyatakan kebersamaan kami dalam masyarakat dan rakyat terhadap kedamaian tanpa mengira kaum dan bangsa.

“Sesungguhnya Malaysia cintakan kedamaian.”

Sumber: Bernama, Siaran Langusng Berita TV9

Nur Farra