Siakap Keli

Mak Ikut Anak ‘Pergi’, Wanita Hadir Majlis Pengebumian Anak Meninggal Dunia Sebelum Sempat Anak Disemadikan

Seorang wanita berketurunan Arab yang terbang daripada Jordan ke New Zealand bagi menghadiri majlis pengebumian anaknya yang terkorban dalam serangan keganasan di Christchurch dilaporkan meninggal dunia sebelum jenazah anaknya sempat dikebumikan, akibat serangan jantung, Jumaat lepas.

Media tempatan melaporkan wanita berkenaan yang berusia 64 tahun yang tiba di negara itu beberapa jam sebelum majlis pengebumian bermula mendapat serangan jantung kerana tidak dapat menahan perasaan sedih dengan kejadian yang menimpa anaknay.

Jenazah wanita berkenaan ketika ini sedang iduruskan oleh keluarganya untuk diterbangkan kembali ke Jordan.

Anak kepada wanita tersebut, Kameel Darweash, 38, terkorban dalam serangan berkenaan selepas hanya 6 bulan berhijrah ke New Zealand.

Mangsa dilaporkan sedang menguruskan visa bagi empat orang anak dan isterinya supaya mereka boleh berpindah tinggal bersama-samanya di negara tersebut.

Sumber: Khaleej Times

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.