Siakap Keli

Peserta Lelaki Gopeng Ultra Rail Hilang Ketika Larian

Ipoh : Seorang peserta lelaki Gopeng Ultra Trail dilaporkan hilang ketika menyertai larian berkenaan di kawasan Gua Tempurung, di Gopeng, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Hasron Nazri Hashim berkata peserta yang hilang itu dikenali sebagai Mohammad Ashraf Hassan, 29, yang beralamat terakhir di Muar, Johor.

Katanya, berdasarkan maklumat awal, mangsa bersama 485 peserta lelaki dan perempuan yang lain memulakan larian dari Gua Tempurung bagi kategori 25 kilometer pagi semalam dan sepatutnya berakhir pada hari yang sama.

“Pengadu iaitu kawan mangsa dikenali Mohd Farid Md Kamal, 32, berkata selepas selesai perlumbaan pada pukul 2 petang semalam mendapati Mohammad Ashraf masih tidak sampai. 

“Selepas panggilan telefon tidak dijawab, pengadu memaklumkan perkara ini kepada penganjur dan tindakan mencari telah dijalankan di kawasan laluan peserta tetapi tidak ditemui,” katanya ketika dihubungi sumber di sini hari ini.

Katanya, pengadu telah datang membuat laporan polis ke Balai Polis Gopeng kira-kira pukul 1.09 pagi tadi selepas rakannya itu masih belum ditemui.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat mangsa sedang dilakukan sejak pagi tadi yang disertai seramai 11 anggota daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), enam anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak dan empat anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.