Siakap Keli

Sebagai Restoran Makanan Segera Paling Popular Di Dunia, Ini Beberapa Buah Negara Yang Tidak Mempunyai Outlet McDonald’s

Restoran makanan segera adalah antara tempat yang menjadi pilihan orang ramai untuk menjamu selera atau berbelanja ‘makan sedap-sedap’ sekurang-kurangnya sekali sebulan.

Di Malaysia, tidak sukar sebenarnya untuk mencari restoran-restoran makanan segera ini. Tambah-tambah jika anda tinggal di kawasan-kawasan bandar. Deretan kedai-kedai sama ada jenama tempatan mahupun luar negara, ada sahaja di mana-mana.

Salah satunya adalah McDonald’s, tetapi kalau anda nak tahu, bukan semua negara mempunyai rangkaian restoran McDonald’s dan ia berpunca daripada pelbagai alasan.

Berikut adalah negara-negara yang tidak mempunyai restoran McDonald’s beroperasi.

1. Benua Afrika

Walaupun Afrika adalah antara benua yang mempunyai ramai penduduk, McDonald’s hanya boleh ditemui di empat buah negara sahaja iaitu Maghribi, Mesir, Afrika Selatan dan Mauritania dengan jumlah keseluruhan 387 oulet.

Kelihatan banyak, tetapi jumlah outlet McDonald’s di Mexico sahaja sebenarnya melebihi semua restoran-restoran McDonald’s yang ada di benua Afrika. Mexico mempunyai 393 outlet.

2. Benua Asia

Sebagai sebuah benua dengan penduduk paling ramai, maka tak hairanlah McDonald’s tidak melepaskan peluangnya untuk melebarkan sayapkan ke dunia sebelah sini.

Begitupun, ada beberapa buah negara di Asia yang tidak mempunyai rangkaian restoran McDonald’s terutamanya di beberapa buah negara bergolak seperti Iraq dan Afghanistan. Manakala negara-negara seperti Iran dan Korea Utara juga tidak mempunyai restoran McDonald’s.

3. Negara-negara yang menutup operasi McDonald’s

Iceland, sebuah negara di benua Eropah dengan persekitaran yang indah serta menjadi tumpuan pelancong telah menutup operasi McDonald’s di sana sejak 2009 lagi.

Antara punca kepada penutupan operasi tersebut adalah masalah krisis ekonomi yang menyaksikan nilai matawang tempatan, Krone menyusut. McDonald’s turut terkesan dengan peningkatan kos operasi disebabkan kebanyakkan bahan mentahnya diimport daripada luar.

Manakala di Mecedonia pula, pertelagahan antara Ibupejabat McDonald’s Eropah dengan persatuan franchais tempatan menyaksikan enam outlet McDonald’s di sana hanya mampu bertahan untuk enam tahun sahaja.

Di Bolivia, krisis politik yang berterusan menyebabkan McDonald’s tidak mampu membuat untung lalu mengambil keputusan untuk menutup terus operasi.

McDonald’s juga terpaksa menghentikan operasinya di Bermuda akibat bantahan berterusan daripada beberapa pihak dalam negara serta pengenalan undang-undang yang melarang kemasukkan restoran makanan segera daripada negara asing.

Pelbagai alasan ketidakhadiran McDonald’s di sana

Walaupun negara-negara dinyatakan di atas mempunyai pasaran yang baik untuk McDonald’s betapak, namun kuasa membeli rendah yang ada pada sesetengah rakyatnya menyaksikan McDonald’s tidak mahu mengambil risiko.

Hari ini, McDonald’s merupakan rangkaian restoran makanan segera paling popular di dunia dan sedikit janggal apabila di beberapa buah negara, tidak terdapat walau satu pun francaisnya.

Dianggarkan, secara keseluruhan terdapat lebih daripada 36,000 outlet McDonald’s di sekitar 100 buah negara yang memberi perkhidmatan kepada lebih 60,000 orang pelanggan setiap hari.

Sumber: World Atlas

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.