Siakap Keli
Gambar Sekadar Hiasan

”Bagi Bantuan Bot Dan Enjin Harga RM20,000, Tapi Mereka Jual RM8000,” Kisah Segelintir Asnaf Ini Buat Ramai Tersentak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Golongan asnaf merupakan mereka yang layak menerima bantuan zakat yang dikutip daripada orang Islam. Pemberian bantuan bukan sahaja diberi dalam bentuk wang tunai, tetapi dari pelbagai segi bagi membantu kelansungan hidup mereka.

Namun, perkongsian daripada Tuan Faisal Ibrahim mengenai kisah-kisah asnaf yang dibantu tetapi langsung tidak memanfaatkan bantuan tersebut menyentak hati yang membacanya. Malah, jika pihak zakat mahu menghentikan bantuan,  ada yang mengugut pula untuk menularkan perkara tersebut.

Ikuti perkongsian seperti di bawah. Tetapi, tidaklah semua golongan asnaf seperti ini, ada yang menerima dan memanfaatkan bantuan yang diberi. Cuma, sebilang kecil sahaja yang tidak mempunyai kesedaran untuk keluar daripada kancah kemisikinan walaupun telah diberikan bantuan.

Aku nak kongsi beberapa kisah asnaf ringkas dan minta korang bagi cadangan macam mana lagi nak bantu orang yang sebegini?

Ada ramai orang jadi miskin sebab musibah dan tak ada peluang. Tetapi sebenarnya, ramai juga yang kekal miskin sebab sikap PEMALAS mereka (pada pendapat aku). 

1. Bagi bantuan bot + enjin + peralatan nelayan harga RM20,000. Baru sebulan, semuanya dijual dengan harga tak sampai RM8,000. Selepas habis duit, datang lagi minta bantuan zakat. 

2. Bagi modal buat kolam ikan + benih anak-anak ikan. Ikan hilang, katanya masuk dalam tanah. 

3. Kumpulkan 4-5 asnah untuk projek pertanian berkelompok. Kebun disediakan, latihan diberi, benih sayuran, baju, sprinkler air lengkap. Tinggal kerja saja, tetapi sayur semua mati. Sedangkan kat kebun sayur orang cina sebelah guna air parit saja, tapi subur-subur sayur mereka. 

4. Pergi melawat rumah asnaf pukul 8.00 pagi. Satu keluarga, suami + isteri, anak dewasa lelaki tiga orang semua belum bangun tidur. Semua sihat dan tidak bekerja. 

5. Buat reban ayam, bagi anak ayam, janji beli ayam bila dah besar. Katanya ayam hilang. Anaknya cakap, ayah sembelih makan. 

6. Dicarikan kerja restoran, katanya penat. Kerja kilang, kena buang sebab ponteng. Kerja ikut kontraktor, curi barang. Tapi asyik minta zakat (muda + sihat). 

7. Bagi bantuan tunai untuk anak sekolah kat program agihan. On the way balik, terserempak 2-3 orang asnaf beli nombor ekor.

8. Buatkan sebuah rumah tiga bilik, free. Dia sewakan dan duduk rumah nak roboh, atap bocor dan sebagainya. Katanya jauh dari tempat kerja (tak sampai 5 kilometer). 

9. Dicarikan kerja, dia bagi alasan tak ada kenderaan. Bagi pinjam basikal, katanya penat mengayuh. Tak sampai 3 kilometer tempat kerja. 

10. Masa buat siasatan, rumah macam tempat pembuangan sampah. Bau busuk. Buang sampah luar tingkap, sampah banyak di halaman rumah. Lalang, rumput tinggi tingkap. Nak tergelincir kat dapur sebab simen berlumut. Baju berlonggok dalam plastik sampah. Orang dewasa ada tiga orang. 

Banyak lagi kisah sebegini sebenarnya. Memang tak boleh hentikan bantuan walau bagaimana sikap mereka. Kalau berhentikan memang mereka ugut nak viralkan dan sebagainya. 

Mungkin anda ada idea kreatif untuk membantu? Ada 46,000 keluarga asnaf di Selangor (>300k asnaf), Wallahualam. 

Sumber : Faisal Rahim

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.