Siakap Keli

Betul Ke PUBG Akan Hantar “Health Reminder” Bila Main Lebih Dari Enam Jam?

Pemain permainan popular, Player Unknown Battleground (PUBG) di India baru-baru ini dilaporkan dihalang daripada terus bermain permainan tersebut selepas tempoh tertentu.

Sebelum ini, salah satu wilayah di India sudahpun mengharamkan permainan PUBG kerana mendakwa ia menjadi pendorong kepada banyak perkara negatif.

Menerusi beberapa gambar yang tular di media sosial, para pemian PUBG di India mendapat notifikasi ataupun Health Reminder selepas menghabiskan masa selama 6 jam bermain permainan tersebut.

Dalam notifikasi tersebut, para pemain ini hanya boleh mengakses kembali akaun permainan tersebut setelah tamat tempoh sekatan.

Bagaimanapun, ada sesetengah pemain PUBG mendakwa mereka masih tidak dapat mengakses permainan tersebut biarpun sudah tamat tempoh sekatan.

PUBG melalui satu kenyataan telah memuat naik permohonan maaf dan memaklumkan ‘kesilapan’ tersebut telah pun diselesaikan.

Menurut laporan beberapa portal berita teknologi luar negara, Health Reminder yang dibangunkan oleh PUBG merupakan ciri-ciri bagi menyekat sesetengah pemain yang menghabiskan masa terlalu lama dengan permainan tersebut.

Tidak dapat dipastikan sama ada semua ciri tersebut akan diperkenalkan di seluruh negara, namun sehingga kini, hanya pemain-pemain PUBG di India sahaja yang berhadapan dengan insiden berkenaan.

Sumber: xdadevelopers, NEWS18

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.