Siakap Keli

Boeing Lancar Boeing 777X, Pesawat Penumpang Paling Panjang Di Dunia

Pengeluar pesawat terkemuka dunia, Boeing baru-baru ini melancarkan pesawat penumpang terpanjang di dunia, Boeing 777X.

Bagaiamanapun acara yang dirancang diadakan secara besar-bearan hanya dihadiri oleh kakitangan Boeing sahaja sebagai menghormati mangsa-mangsa yang terkorban dalam tragedi pesawat Boeing 737 MAX8 milik Ethiopia Airlines terhempas 8 Mac lalu.

Acara berkenaan berlangsung pada 15 Mac lalu di salah sebuah pusat pemasangan pesawat milik Boeing di Seattle, Amerika Syarikat.

Menurut Boeing, pesawat terbaru milik mereka itu akan menjadi pesawat komersial dua enjin terpanjang di dunia selain menjanjikan penjimatan sehingga 12 peratus minyak.

Boeing 777x mempunyai panjang 77 meter. Pesawat komersial terpanjang sebelum ini dipegang oleh Boeing 747-8 dengan panjang 76.3 meter.

Melalui acara tersebut, Boeing turut mengumumkan terdapat dua versi Boeing 777X yang bakal dikeluarkan iaitu Boeing 777-8 dan 777-9, masing-masing dengan kos pembuatan sebanyak USD 360.5 juta dan USD 388.7 juta (USD 1 = RM 4.07).

Dalam acara berkenaan, pesawat yang didedah merupakan versi Boeing 777-9.

Sebagai pesawat komersial terpanjang, versi 777-8 menawarkan tempat duduk diantara 350 sehingga 375 buah manakala versi 777-9 menawarkan tempat duduk diantara 400 hingga 425 buah.

Pesawat-pesawat dalam keluarga 777 milik Boeing sebelum ini hanya mampu menyediakan diantara 300 hingga 370 tempat duduk sahaja.

Selain itu, jarak penerbangan 777X juga dipertingkat kepada jarak maksimum 16,110 km berbanding 777 versi lama dengan jarak maksimum 15,800 km.

Menurut Dailymail, beberapa buah syarikat penerbangan sudahpun membuat tempahan antaranya British Airways, All Nippon Airways dan Cathay Pasific. Boeing akan membuat penghantaran bermula 2020.

https://www.youtube.com/watch?v=697OnSFAb9oSumber: Dailymail

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.