Siakap Keli

”Fayyadh Dah Jumpa Tiga Abang Kat Sana…” Hilang Empat Anak Syurga, Kagum Lihat Ketabahan Wanita Ini

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Anak adalah anugerah terindah bagi setiap pasangan. Kehadiran mereka dinantikan, disambut dengan penuh rasa cinta dan sayang. Namun, seringkali kita lupa, anak yang dikurniakan ini adalah pinjaman, bila-bila masa sahaja Allah boleh mengambilnya semula walau dalam keadaan kita tidak bersedia.

Seperti perkongsian oleh Puan Fariza ini yang ternyata meruntun hati. Bayangkan apabila anda menjadi seorang ibu, kehilangan seorang cahaya mata pun perit untuk diterima apatah lagi kehilangan empat orang anak.

Terbaru, anaknya yang berusia 3 bulan, Muhammad Fayyadh Nabhan pergi menghadap Ilahi khamis lalu kerana mengalami beberapa komplikasi. Ikuti perkongsiannya seperti di bawah. Moga mereka diberikan ketabahan untuk melalui semua ujian ini.

KURNIAAN KENANGAN TERINDAH

Syukur!! Ummie yakin Fayyadh ramai kawan di sana dan semestinya Fayyadh sudah ketemu abang-abang kembar 3 di sana. Perjuangan hidupmu sangat hebat. Kenangan yang ditinggalkan sangat indah untuk Ummie Yayah kenang. Allahu akhbar. Terima kasih Allah untuk anugerah yang terindah.

Ummie, Yayah, Along, Kakak Nawwar dan Abang Naqeeb ada kat dunia lagi untuk hadiahkan bekalan ayat suci al-quran dan doa buat Fayyadh dan abang-abangnya di sana.

Fayyadh, Ummie bangga Fayyadh mampu bertahan setelah melalui beberapa fasa kritikal yang sangat tenat di NICU. Ummie bersyukur dan beruntung Fayyadh mampu bahagiakan Ummie, Yayah, Along, Kakak Nawwar dan Abang Naqeeb sebelum Fayyadh pergi buat selamanya.

Ummie puas dapat bawa Fayyadh balik ke rumah jumpa atok, nenek, dan semestinya kakak -kakak dan abang. Ummie bersyukur kita dapat berkumpul bersama di rumah baru kita.

Semua ini sudah tertulis yang terbaik dan terindah dari Allah kenangan buat Ummie dan Yayah. Terima kasih Allah hadirkan Fayyadh dalam hidup kami. Terima kasih Allah Fayyadh bertahan dan bahagiakan kami semua untuk 2 minggu yang indah.

2.12.2018 jam 7.43 pagi Alhamdulillah Fayyadh selamat dilahirkan dalam keadaan tidak menangis dan tiada degupan jantung langsung. Alhamdulillah setelah CPR kali ke 2 dengan izin Allah, ada sedikit bacaan jantung dan Fayyadh terus disambungkan dengan mesin bantuan pernafasan.

7 hari koma, hari ke 6 sedar dan doktor beri ubat tidur semula untuk mengurangkan aktiviti otak yang akan menyebabkan kecederaan pada otak Fayyadh lagi teruk. Syukur hari ke 7 Fayyadh sedar dari koma.

Hari ke 11 hari untuk cabut mesin bantuan pernafasan kerana Fayyadh sangat kritikal masa tu. Alhamdulillah Fayyadh masih kuat dan terus berjuang untuk hidup. Fayyadh tahu yang Ummie teringin nak bawa dia balik ke rumah.

Alhamdulillah Fayyadh buat Ummie bangga dan buat Ummie Yayah bahgia dapat jaga Fayyadh, dapat bawa balik Fayyadh ke rumah baru duduk sebumbung bersama dan Ummie Yayah dah usaha serta iktiar yang terbaik untuk kesembuhan dirinya.

Ummie tak terkilan. Ummie bangga dikurniakan anak sehebat Fayyadh. Sedih memang sedih dengan pemergiannya tapi Ummie jadi kuat bila Ummie betul-betul bersyukur sebab Ummie tahu ujian orang lain lagi berat daripada Ummie. Ujian yang Allah bagi pada Ummie ni apa la sangat dibandingkan dengan orang lain.

4.3.2019 Fayyadh discaj dari HTAR. Di usia Fayyadh 3 bulan 3 hari Fayyadh dapat pulang ke rumah atok bersama-sama jaga atok tak sihat. Engkau memang anak yang hebat Fayyadh! Dia sakit tapi dia sama2 jaga atok yang xberapa sihat.

21.3.2019 6.45 pagi hari Khamis menghembuskan nafas yang terakhir di depan Ummie. Perginya Fayyadh di usia 3 bulan 3 minggu.

Selamat bersukaria bersama abang-abangmu twin 3 orang dan kawan-kawan di sana. Alfatihah buat anak syurga Ummie Yayah:

MUHAMMAD NU’MAN
MUHAMMAD NA’IM
MUHAMAD NU’AIM

MUHAMMAD FAYYADH NABHAN

Moga kalian sentiasa dibawah rahmat dan kasih sayang Allah menjadi asbab kemudahan Ummie Yayah dihisab dan mudah dimasukkan ke syurga. Moga kita semua dapat berkumpul kembali wahai anak-anak syurga Ummie Yayah

Semua ni Allah dah aturkan. Ummie Yayah redha sayang.

Salam nukilan Ummie anak 7, 3 hidup bersama Ummie di dunia dan 4 orang sudah kembali kepada penciptanya. Allahu akhbar.

#update

Fayyadh telah disahkan cerebral palsy akibat komplikasi semasa lahir, lemas terlalu lama dalam perut dan terjerut tali pusat 3 kali lilitan kuat. Diagnose H. I. E stage 3 (kegagalan otak berfungsi) pendarahan yang terlalu banyak di bahagian otak sangat kritikal, arwah pergi asbabnya adalah kerana sawan tidak terkawal. Fayyadh adalah baby istimewa yang sangat hebat perjuangan hidupnya.

Sumber : Fariza Ieza

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di