Siakap Keli

Gagal Masuk Akademi Penerbangan, Lelaki Ditangkap Menyamar Jadi Juruterbang

Seorang lelaki yang menyamar sebagai juruterbang Garuda Indonesia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta jumaat lalu (22 mac). Dilaporkan, lelaki terbabit masuk ke Terminal 3 lapangan terbang itu dengan memakai seragam juruterbang.

Tidak cukup dengan itu, beliau turut menunjukkan kad pengenalan anak kapal yang dimilikinya. Malah, beliau juga mempunyai tiket penumpang untuk penerbangan ke Semarang, Indonesia.

Lelaki tertangkap apabila seorang juruterbang Garuda Indonesia menyedari tindakan ganjil beliau. Juruterbang itu menjelaskan bahawa lelaki itu berkelakuan pelik dan memberikan jawapan tidak sepatutnya sewaktu ditanya.

Jururterbang itu dilengkapi dengan kad pengenalan krew penerbangan (Gambar : Tribun)

Menurut Ketua Pesuruhjaya polis, penyamar itu merupakan seorang yang obses untuk menjadi juruterbang. Lelaki berkenaan pernah mahu mendaftarkan dirinya  masuk ke akademi penerbangan namun gagal. Pesuruhjaya berkata :

“Lelaki itu tidak berada dalam pengaruh dadah mahupun alkohol. Beliau cumalah seorang penumpang Garuda Indonesia yang menyamar jadi seorang jururterbang”

Sumber : Channelnewsasia.com

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.