Siakap Keli

Perut 3 Ekor Tikus Malang Dijahit Dan Disumbat Bahan Terlarang

Satu kejadian berlaku pagi ini di mana seorang penjenayah tertangkap ketika cuba untuk menyeludup masuk dadah. Namun caranya sedikit berbeza apabila beliau memasukkan bahan terlarang itu ke dalam 3 ekor tikus dan mencampakannya masuk ke dinding penjara.

Perkara itu disedari oleh seorang pegawai penjara yang terjumpa tiga ekor tikus mati yang terbaring di tepi pagar penjara. Lebih mencurigakan apabila pegawai tersebut mendapati kesemua tikus berkenaan telah dijahit dibahagian perutnya.

Justeru mereka membuat keputusan untuk membuka jahitan itu.

Gambar : BBC

Alangkah terkejutnya apabila mendapati perut 3 ekor tikus malang itu dipenuhi dengan lima buah telefon bimbit, pengecas, kad SIM, kepingan kertas rokok  dan dadah.

Menurut Kementerian Kehakiman, kejadian itu telah dirancang dan dilakukan oleh kumpulan penjenayah dan mendapat bantuan dari dalam. Menteri Bahagian Penjara, Rory Stewart berkata bahawa aktiviti jenayah sekarang semakin luar biasa dan mereka (penjenayah) menggunakan pelbagai cara untuk melaksanakannya.

Gambar : BBC

Sebelum ini pihak boleh telah menjumpai bola tenis dan merpati digunakan dalam aktiviti penyeludupan tetapi tikus adalah haiwan pertama seumpamanya. Sekiranya penyeludupan itu berjaya, nyata ia akan meningkatkan tahap keganasan dan gangguan dalam penjara.

Gambar : BBC

Dalam tempoh 12 bulan sehingga bulan Mac 2018, terdapat 13,119 insiden penyeludupan bahan terlarang ke dalam penjara dan ia meningkat 23% dari tahun sebelumnya. Dan disebabkan inilah pihak berkuasa akan terus meningkatkan tahap keselamatan di penjara mahupun kawasan luar.

Sumber : bbc.com

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.