Siakap Keli

Saya Tak Sokong Perbuatan Baling Telur, Tapi Saya Bangga ‘Berdiri’ Untuk Perkara Yang Benar – Eggboy

Sebut sahaja nama ‘Will Connolly’ mungkin ada yang masih tidak mengenalinya. Tetapi bila menggelar anak muda itu sebagai ‘Egg Boy’ sepertinya seakan seluruh dunia mengetahui keberaniannya.

Manakan tidak, dia secara selamba memecahkan telur ke atas kepala ahli politik Australia, Fraser Anning yang mengeluarkan komen berunsur rasis dalam isu serangan pengganas di dua buah masjid di Christchurch hingga mengorbankan 50 nyawa.

Connolly, 17, yang menerima sokongan rakyat seluruh dunia dalam insiden berkenaan mengakui berasa terharu dan berterima kasih kepada semua.

”Kepada keluarga, rakan-rakan dan semua yang berada di dunia ini, saya ingin mengucapkan terima kasih di atas sokongan yang berterusan daripada anda,’‘ tulis Connolly.

Namun, dalam isu ini dia bukannya menggalakkan perbuatan ganas atau membaling telur kepada individu lain tetapi mesej yang sebenar adalah supaya semua orang berani untuk melakukan apa yang anda percaya.

”Saya sangat berbangga ‘berdiri’ dengan sesuatu yang benar dan saya galakkan anda untuk melakukan sesuatu yang anda percaya.

”Saya tidak menerima perbuatan keganasan atau membaling telur kepada seseorang. Dalam hal ini, semua mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat mereka tetapi selepas saya mendengar apa yang dikatakan oleh Senator Anning lebih daripada satu jam, saya sedar saya perlu melakukan sesuatu,” katanya.

Jelas remaja ini, hatinya berada bersama-sama kesemua mangsa dan ahli keluarga yang menderita kerana insiden tembakan di Christchurch.

”Hati saya bersama-sama dengan mangsa yang menderita. Saya mengenali seorang wanita dari Christchurch yang memberitahu sepanjang tempoh gelap dalam hidupnya, ini adalah kali pertama dia tersenyum sejak tembakan itu, dan ianya sangat bermakna bagi saya.

Fokus utama adalah siapa yang menderita dan bagaimana isu atau masalah ini boleh berlaku.

Saya sangat gembira semua orang dapat bersatu dan saya akan mencuba untuk membuat dunia menjadi tempat yang lebih baik. Saya harap isu perkauman dapat berakhir. Teruskan menyebar kasih sayang.

Sumber : Will Connolly

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.