Siakap Keli

Serangan Roket Dipercayai Dari Gaza Musnahkan Rumah Dan Cederakan 7 Orang Awam

Beberapa buah rumah telah musnah kerana serangan roket di tengah bandar Israel yang baru sahaja berlaku pada jam 12.00 tadi. Dalam kejadian itu, tujuh orang telah tercedera, dua daripadanya adalah bayi dan seorang wanita tua berusia dalam lingkungan 50 tahun.

Pihak Tentera Israel mengesahkan bahawa roket itu telah dilancarkan dari Gaza. Rumah yang terkena serangan berkenaan terbakar namun tiada sesiapa yang terperangkap di dalamnya.  Bantuan kecemasan juga sudah diberikan kepada mangsa.

Sebenarnya, amaran tentang roket berkenaan telah diberikan beberapa saat lebih awal di daerah utara Tel Aviv  sebelum kawsan Hasharon dan Emek Hefer dilaporkan meletup.

Gambar : Haaretz
Gambar : Reauters
Gambar : Reauters
Gambar : The Washington Post

Jurucakap polis memaklumkan bahawa letupan dari roket itu sangat kuat sehingga memusnahkan rumah dan kawasan berdekatan. Para penduduk terbangun ketika letupan itu berlaku namun tidak sempat untuk bergerak ke tempat perlindungan bom.

Sumber : Haaretz.com

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.