Siakap Keli

(Video)’Lazareth LMV 496′, Motosikal Terbang Dari Perancis, Boleh Dibeli Pada Harga Lebih RM 2 Juta

Menjadi impian sesetengah manusia untuk terbang bebas seperti seekor burung. Walaupun manusia tidak dianugerahkan dengan kebolehan untuk terbang, tetapi manusia sentiasa menemui jalan untuk mengatasi kekurangan diri.

Kapal terbang adalah antara pengangkutan yang diguna manusia untuk terbang selain daripada roket dan juga helikopter.

Tetapi bagi pembuat motosikal berkuasa tinggi dari Perancis ini, mereka berjaya membangunkan sebuah motosikal boleh terbang dan berfungsi.

Dikenali sebagai Lazareth La Moto Volante (LMV) 496, ia sudahpun dilancarkan awal tahun ini dan ujian penerbangan pertamanya sudahpun dilaksanakan.

Lebih menarik, hanya 5 buah sahaja dibina dan hanya individu bertuah sahaja boleh memiliki motosikal ini yang dijual dengan harga bermula USD 560,000 (RM 2.279 juta).

Daripada sebuah motosikal berkuasa tinggi biasa, LMV 496 mengambil masa selama 10 minit untuk bertukar menjadi sebuah hoverbike dengan bantuan 4 buah enjin jet turbin JetCat yang terpasang pada bahagian setiap tayarnya untuk terbang. Untuk pengetahuan anda, LMV 496 mempunyai 4 buah tayar.

LMV 496 dibina berdasarkan model terdahulu, LM 847, sebuah motosikal berkuasa tinggi dengan 470 kuasa kuda setelah dipasang dengan enjin 4.7 liter V8 daripada Maserati. Bagi LMV 496 pula yang dipasang dengan enjin jet turbin, ia mempunyai sehingga 1,300 kuasa kuda.

Saksikan aksi LMV 496 melalui video dibawah.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=bdF-XJpQkIc] [youtube https://www.youtube.com/watch?v=v5YBVZZOEd8]

 

Sumber: Lazareth, Hiconsumption, Motocycleclub

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.