Siakap Keli

”Izzah Adalah Anak Sulung Saya Dan Kebahagiaannya Menjadi Keutamaan Saya,” – Luahan Anwar

Susulan perletakan jawatan Nurul Izzah sebagai anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) baru-baru ini, pelbagai reaksi yang diberikan oleh pelbagai pihak. Tindakan tersebut didakwa dibuat kerana isu kepimpinan PAC sendiri.

Dalam satu kenyataan yang dibuat naik melalui akaun rasmi instagram Anwar Ibrahim, beliau berkata, Izzah bebas mempunyai pandangan peribadinya sendiri. Sebagai seorang ayah, kebahagiaan aank sulungnya itu sentiasa menjadi keutamaan.

Izzah adalah anak sulung saya dan sebagai ayah, kebahagiaannya adalah menjadi keutamaan  saya.

Walaubagaimana pun, sebagai ayah saya juga bertanggungjawab bagi menasihati anak-anak bahawa mereka selalu akan menghadapi cabaran dan kekecewaan dalam segala jalan yang telah mereka pilih.

Kesusahan dan kesakitan yang dilalui oleh keluarga saya selama lebih 20 telah meninggalkan kesan kepada mereka. Izzah sendiri telah menjadi perhatian umum dan menghabiskan banyak usia dewasanya berjuang untuk pembaharuan negara.

Izzah berhak mempunyai pandangan peribadinya sendiri. Kami sebagai keluarga akan terus fokus kepada masa depan Malaysia dan berkhidmat bersama-sama Tun Mahathir sebagai pemimpin Pakatan Harapan.

Sumber : Instagram Anwar Ibrahim

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.