Siakap Keli

Juruterbang Salah Destinasi, Penumpang Terkejut Nak Pergi Jerman TetapI Mendarat Di Scotland

Para penumpang pesawat BA3271 milik British Airways terkejut apabila kapten pesawat mengumumkan mereka telah selamat mendarat di destinasi, Edinburgh, Scotland sedangkan perjalanan asal pesawat dinaiki sepatutnya menuju ke Dusseldorf di Jerman, pagi Isnin lepas.

Sebaik sahaja menyedari kesilapan destinasi, juruterbang kemudian mengisi minyak sebelum memulakan penerbangan ke Dusseldorf yang terletak kira-kira 800 kilometer daripada Scotland.

Menurut CCN Travel, kesilapan berkenaan berpunca daripada plan penerbangan yang disediakan oleh syarikat penerbangan yang membuatkan juruterbang serta kru kabin lain percaya percaya Edinburgh adalah destinasi yang hendak dituju.

Salah seorang penumpang memberitahu dia mula menyedari ada sesuatu yang aneh apabila pesawat melalui kawasan pergunungan ketika ingin mendarat, bukannya landskap perindustrian yang biasa ditemui di Jerman.

”Ketika pesawat ingin mendarat, saya melihat kawasan bukit dan gunung-ganang hijau. Saya teringat bahawa kawasan ini tidak ditemui di kawasan Timur Belanda/Barat Jerman. Tetapi ketika itu saya fikir juruterbang mungkin membuat lencongan sedikit,” kata Zsófia Szabó, salah seorang penumpang.

Ketika mendarat, Zsófia berkongsi kisah lucu apabila salah seorang pramugari tergesa-gesa meminta penumpang yang mahu je Jerman supaya mengangkat tangan. Semua penumpang di dalam pesawat serentak mengangkat tangan.

Kapten pesawat kemudian meminta maaf atas kesilapan tersebut dan memaklumkan pesawat akan mengisi minyak terlebih dahulu sebelum menuju ke Jerman.

”Kami merasakan insiden ini sedikit lucu. Ada penumpang yang menghubungi keluarga masing-masing memaklumkan mereka selamat, cuma mendarat di kota yang salah,” katanya lagi.

Jurucakap British Airways dalam satu kenyataan memaklumkan mereka mengikuti rapat insiden tersebut dan memohon maaf kepada semua penumpang.

Pihaknya sedang menyisat punca-punca yang menyebabkan plan penerbangan yang salah boleh difailkan.

Sumber: CNN Travel

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.