Siakap Keli

Lelaki Sindrom Down Maut Dipercayai Tidak Diberi Makan Selama 20 Hari

Seorang lelaki yang menghidapi masalah sindrom down telah meninggal dunia selepas berada di hospital selama 20 hari. Namun apa yang menyayat hati, lelaki berkenaan dikatakan mati kerana tidak diberikan sebarang makanan oleh pihak hospital.

Menurut laporan, lelaki itu dimasukkan ke hospital kerana mengalami patah tulang pelvis, pergelangan tangan dan leher. Disebabkan beliau sukar untuk menelan makanan, beliau dinasihatkan oleh doktor supaya tidak mengambil sebarang makanan atau minuman buat sementara waktu sebelum menjalani pembedahan.

Gambar : PA

Tetapi pihak saudara memaklumkan bahawa beliau sebenarnya tidak diberi makanan selama hampir tiga minggu. Perkara tersebut terjadi disebabkan oleh salah faham dan tiada sebarang tindakan dari kakitangan hospital mengenai perkara itu. Malangnya, kecuaian terbabit menyebabkan mangsa terkena radang paru-paru dan maut.

Gambar : PA

Saudara mangsa kesal dengan tindakan hospital yang gagal memberi solusi terbaik kepada kes itu. Beliau berkata :

“Mungkin bangunan ini kelihatan mewah seperti kelas pertama namun rawatan yang diberikan ternyata berkelas ketiga. Mereka sepatutnya memberikan lebih perhatian dan membaiki segala kekurangan”

“Pihak hospital ‘masih berbahas’ tentang cara yang terbaik untuk memberinya makan, padahal mangsa sudah pun tiada (mati)”

Beliau turut terkilan kerana pihak hospital lambat membuat keputusan terhadap kes itu dan tidak berusaha untuk menyelesaikan segala salah faham yang berlaku.

Gambar : PA

Sumber : Mirror.co.uk

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.