Siakap Keli

NASA Kongsi Gambar Asteroid Bennu, Ahli Teori Konspirasi Dakwa Ada Bangunan ‘Alien’ Dalam Gambar

NASA baru-baru ini telah berkongsi gambar-gambar Asteroid Bennu yang dikatakan mempunyai keluasan lima buah padang bola sepak dan berat dianggarkan 79 bilion kilogram.

Gambar-gambar berkenaan kemudian berjaya menaraik perhatian ahli teori konspirasi yang mendakwa berjaya mengesan kewujudan beberapa buah bangunan mahluk asing berada di atas asteroid tersebut.

”Permukaan asteroid berkenaan dipenuhi batu. Tetapi jika anda perhatikan, terdapat objek hitam dan perak yang menarik tetapi NASA tidak mahu anda tahu,” dakwa pemburu makhluk asing, Scott C. Waring dilaman web UFO Sightings Daily.

”Struktur ini pada permukaan Bennu  menunjukkan bentuk-bentuk seperti bangunan, menara, piramid dan tinggalan bangkai pesawat. 

”Semuanya kelihatan sudah usang berkemungkinan sudah lama ditinggalkan untuk jutaan tahun lamanya.

”Bagaimanapun, mereka tetap wujud dan kita semakin hampir untuk membuktikannya,” dakwanya lagi.

Scott turut berkongsi imej-imej penemuan tersebut yang diproses daripada gambar-gambar Asteroid Bennu yang dikongsi NASA.

Sementara itu, menurut NASA, Bennu mempunyai 1 dalam 2,700 peluang untuk menghentam Bumi diantara tahun 2175 hingga 2199.

Sumber: Metro UK

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.