Siakap Keli

Serangan Di Gaza, Bangunan Pejabat Pernah Ditaja Malaysia Turut Musnah Di Bom

Israel melalui Israel Defence Force (IDF) telah melancarkan serangan udara terhadap kemudahan pentadbiran Hamas di Gaza selepas mendakwa sayap ketenteran pertubuhan politik tersebut melancarkan serangan roket ke arah wilayahnya.

Dalam Malaysia, Aqsa Syarif adalah antara badan bukan kerajaan (NGO) yang aktif memantau keadaan di Palestin telah memuat naik perkembangan terkini yang sedang berlaku di negara tersebut melalui Facebook.

Berikut adalah ringkasan berita insiden yang berlaku di Gaza sejak semalam:

1) Bangunan pejabat kerajaan yang pernah ditaja oleh kerajaan Malaysia hancur musnah. Tentera Israel menggunakan sebuah bom unik dipanggil, ‘concussion rocket’, dimana kesan letupan seperti selepas gempa bumi.

2) Gencatan senjata melalui perundingan yang dibuat oleh Mesir malam semalam tetapi gencatan senjata tersebut diabaikan oleh Israel.

3) Tentera Udara Israel menyerang beberapa tempat latihan HAMAS.

4) Situasi yang sukar sebenarnya bagi pentadbiran negara haram Israel. Netanyahu ingin menutup imej buruk beliau yang sedang berhadapan dengan mahkamah berkenaan rocket deal S-300. Dia inginkan sokongan dari penduduk haram Israel sehingga dia melobi bantuan dari US.

Peperangan adalah perkara yang perlu dielakkan ketika ini kerana keadaan Gaza yang semakin meruncing dari segi ekonomi dan bantuan kemanusiaan.

#SHARE kepada orang ramai.

Sumber: Pejabat MyCARE – Gaza

Gaza memerlukan ubat-ubatan segera!

Hulurkan sumbangan anda di: www.billplz.com/ubatuntukgaza

Mohon SHARE. Terima Kasih.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.