Siakap Keli
Gambar Kredit: Datuk Seri Aliff Syukri

(Video) Gelagat Seorang Pramugara Suapkan Seorang Warga Emas, Video Dari Aliff Syukri Ini Buat Ramai Sebak

Ibu bapa adalah insan yang paling banyak berjasa dalam hidup anak-anak. Segala pengorbanan mereka tak mampu dibalas hingga ke akhir hayat. Disebabkan itu kedua-dua insan ini perlu diletakkan di tangga yang paling tinggi untuk dihormati.

Umum tahu, Datuk Seri Aliff Syukri baru-baru ini dikejutkan dengan berita sedih apabila bapa kesayangannya telah pergi ke rahmatullah kerana menghidap serangan jantung tahap ketiga.

Kepergian abah tersayang benar-benar memberi kesan di dalam hidupnya sehingga beberapa kali beliau meluahkan rasa sedih dan ralat tidak menjadi anak yang baik melalui akaun Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

hanya yg pernah mengalami perceraian ibu bapa je faham apa yg saya lalui….impianku dari kecil ingin semua bersatu dalam gambar ni bersatu dan hari ni “dah punbersatu”😢….cuma gambar arwah kakak saya ani x ada dalam ni…kalau arwah ani ada dia mesti dah besar dan cantik mcm kak long dan hari ni sy tersenyum walapun hanya gambar yg di edit tpi bagi sy cukup indah.. . . Dulu kecik2 saya selalu mengharap kami akan bersatu mcm family normal yg lain ada ibu dan abah dan adik beradik duduk satu bumbung tpi mak sy @bondarozitaibrahim bercerai… dan sy ada kakak terencat akal arwah ani dan yg hidup kak long @yatie_sendayutinggi adalah kakak kandung satu mak dan abah hasil perkahwinan pertama mereka…..apa kah daya jodoh itu ketentuan Allah…..dia lebih mengetahui apa yg terbaik utk hambanya…..dulu sy selalu fikir kenapa kenapa keluarga aku tak sempurna..knp bukan keluarga orang lain… . Keluarga yg x lengkap ni……Insya Allah akan lengkap di syurga…. dan semoga gambar ini menjdi saksi dan kita berjumpa di syurga dalam satu family bersama arwah ani.. Mari sedekah kan doa dan Al Fatihah buat abah sy yg tercinta Allahyarhan Hj Kamarzaman B Hj Kamaludin….. .

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Terbaru, beliau berkongsi video seorang pramugara Royal Brunei Air yang menyentuh hatinya dan rata-rata netizen.

Video tersebut menunjukkan seorang pramugara syarikat penerbangan terbabit menyuapkan makanan kepada seorang lelaki berusia dengan sangat berhemah.

Tindakan pramugara itu membuatkan Aliff Syukri sebak dan mengharapkan dapat melakukan perkara yang sama kepada arwah abahnya.

“Teringat kat arwah abah..kan best kalau sy boleh buat mcm tu kat abah sy masa di hidup. Terima kasih pramugara baik pada pakcik tua .. alfatiha utk arwah abah saya Kamarzaman bin Kamaludin.

“Mulia yeee kerja ni kalau buat dgn ikhlas ..sy nak kerja mcm ni boleh tak??? nmpak je glamer… sebenarya sy terlihat tanpa sengaja pakcik tua yg x brp sehat terus teringat kat arwah abah… ya allah iklasnya paramuga ni layan pakcik ni..kalau sy ditempat dia tak pasti sy boleh tak buat mcm ni..melainkan mak abah saya sendiri…suapkan makan dan layan mcm mcm abah dia sendiri.. sy x kenal pramugara ni tapi sy harap.. layanan yg sama utk penerbangan di negara kita..”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Beliau dalam pada itu berterima kasih kepada pramugara dan pramugari yang membantu lelaki berusia tersebut.  Tidak dapat dinafikan, mulia tindakan yang dibuat kedua-dua mereka.

Semoga Allah membalas kebaikan mereka.

Nur Farra