Siakap Keli
Gambar : Bernama

Cadangan Padam Kandungan Di Media Sosial Masih Dalam Pertimbangan – Gobind

Kuala Lumpur : Cadangan untuk memberi kuasa kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) memadam kandungan atau paparan berunsur fitnah dan negatif di media sosial masih dalam pertimbangan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.

Beliau berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan pihak berkepentingan bagi mencari mekanisme sesuai dalam menangani masalah penyalahgunaan media sosial.

Katanya ia termasuk mendapatkan pandangan Majlis Media Malaysia yang diharap dapat ditubuhkan pada bulan depan.

“Sudah semestinya saya juga akan dapatkan pendapat dan pandangan daripada mereka (Majlis Media) sebelum kita buat apa-apa cadangan berkaitan dengan apa yang perlu dilakukan supaya kita boleh menangani penyalahgunaan media sosial ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.