Bagi mereka yang sudah tidak asing lagi dengan Boat Noodle, Sangkaya adalah menu yang wajib anda makan semasa makan di Boat Noodle bukan? Hal ini kerana rasa roti yang dikukus lembut dicicah pula dengan sangkaya yang manis dan menyelerakan mampu membuatkan anda makan berkali-kali.

Perkongsian kali ini telah dibuat oleh Elyani Khai yang berkongsi resepi untuk membuat sangkaya ala Boat Noodles. Simple, jimat dan sedap. So kalau lepasni nak buat minum petang dengan keluarga pon boleh.
Sangkaya Ala Boat Noodles
Bahan-Bahan:
5helai daun pandan(blend 1cwn air/tapis ambik air jer)

1bj telur

1kotak santan @ 1tin susu cair

1sb tepung jagung

Gula n garam secukup rasa .

Cara Membuat:
Bancuh semua bahan bg sebati ,letak atas dapur bg mendidih . Kacau selalu jgn bg berketul , ok dh siap .
Untuk roti boleh pakai roti Gardenia. kukus dulu sblm di hidang .
Sumber: Elyani Khai