Siakap Keli

”Stilt Fishing” Memancing Atas Galah, Pengalaman ‘Rare’ Wajib Cuba Jika Ke Sri Lanka

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bila sebut sahaja Sri Lanka, ianya bukanlah sebuah destinasi popular dalam kalangan penggembara. Nama Sri Lanka juga jarang meniti di bibir ramai orang. Namun, siapa kata Sri Lanka sebuah negara ‘underrated’ tidak menjanjikan pengalaman unik dan menarik jika diteroka?

Menerusi perkongsian Nurulhuda Abu Bakar, pengalaman mencuba ‘stilt fishing’ atau memancing di atas buluh di Sri Lanka menjadi satu kenangan yang tak dapat dilupakan. Di tepi-tepi pantai, nelayan sudah tersedia menanti anda dengan pakej harga yang murah, tetapi menjanjikan pengalaman luar biasa.

Duduk di atas buluh yang dipacak di dalam air, anda boleh merasai sendiri tradisi memancing masyarakat di sini. Fuhh, memang lain dari yang lain dan rare!

Nak share pengalaman menjadi nelayan STILT FISHING di Sri Lanka. This is one of my many Sri Lankan wishlist, 1 of it was spices.

Kitorang stay di Galle as base untuk aktiviti ni – destinasi terakhir di Sri Lanka selepas Colombo, Kandy, Nuwara Eliya dan Ella. Galle ni kawasan kubu / Dutch fort, coastal area tepi pantai.

So kitorang tak banyak masa sebenarnya, cuma dapat 2 malam di Galle, jadi kitorang upah tuk tuk and driver bawak kitorang half day tour. Tuk tuk mintak 1000rp seorang that was RM22 macam tu.

So kitorang berdua campur tips RM50 jugalah untuk tuk tuk 4 jam trip. Tuk tuk ni kitorang deal dengan tuk tuk yang bawak kitorang dari Galle bus station ke hotel, just janji mulut jumpa pagi esoknya, untuk tour. Murah la sebab jauh tempat-tempat dia bawa and lama gak 4 jam.

Ada banyak spot stilt fishing ni tapi kitorang amik yang paling dekat di Kogalla, dari Galle – dalam 45 minit ke 1 jam perjalanan naik tuk tuk. Tepi-tepi pantai tepi jalan tu je.

Guys kena tau ya most of stilt fishing ni dah jadi business, target dia tourist la yang nak experience this stilt fishing. Tak lama lepas kitorang sampai, dtg China tourist mmg kecoh gilaaaa. Masih ada lagi traditional stilt fishing, which im dying to go & see tapi di kawasan lain. Tak sempat nak pegi.

So bila sampai, nelayan nelayan akan buka harga, nego jelah kalau betul2 nak, sampai jadi. Ada pakej 2 fisherman, 4 fisherman, dan kita + 2/4 fisherman.

Harga untuk kita seorang + 2 nelayan antara 1000 ke 1500 rp ikut nasib. Dalam RM22 ke RM35, kalau nelayan tu minat kat kita dapatlah 1000rp jurrr macam my friend Zai haahahahahahaha!

Nelayan akan tolong kita naik tempat duduk tu, nervous & struggle gakla dengan ombak kuat. Tiang pun tinggi. Tgk fisherman dia naik senang n effortless je haha. Hmm sila pakai la seluar yg highly stretchable sebab mmg kena angkat kaki tinggi tinggi masa nak panjat tu, adoiii, apa pun jangan risau nelayan akan tolong masa naik & turun, tiang tu pun kuat dan stabil, mampu tampung i yang sangat berat ni.

Also pls prepared to get really wet. Basah sampai ke peha ke pinggang! Silap2 1 badan lencun. Tapi Sri Lanka panas kejap je dah kering! Masa i naik ombak okay lagi, masa kawan i naik memang i yang habis lencun sebab nak amik kan gambar angle terbaik, gigih! So make sure ur buddy is a willing buddy ok, haha. Ko dah kat atas batang kayu tu, mmg kena berdoa juga berharap gambar semua lawa2. Kang buruk meroyan sampai balik KL.

Jangan lupa, 1 lagi, prop, mintak pinjam kain yg diorg pakai kat kepala tu, kalau nak lg rare pakai la sarongggg. i dah lepas baru ingat!

Takde specific duration berapa lama boleh lepak atas tu, just pose amik gambar, n duduk la kejap atau lama kalau tahan atas tu amik feeling jadi stilt fisherman.

EDIT : Tak dapat ikan ya kawan2, cuma berposing dan merasai sendiri macam mana stilt fishing. Untuk dapat ikan memerlukan masa yang panjang & keadaan yg sesuai. Its not ideal for us – kalau i ada 1 hari full untuk stilt fishing sahaja, id venture to other area yang memang practice pure stilt fishing.

Itinerary nanti i share okay, photos kat ig: @hoodahoody

Sumber : Nurulhuda Abu Bakar via Backpackers Buddies Malaysia (BBM)

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.