Siakap Keli

“Terpukau Tengok Matanya” Pekerja Binaan Dari Bangladesh Ini Tular, Miliki Mata Amat Cantik

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kadang-kadang kita sebagai manusia hanya memandang megahnya ‘berdiri’ sebuah bangunan atau infrastruktur. Namun pernahkah anda terfikir siapa disebalik pembuatannya? Siapa yang bersusah payah membanting tulang siang malam untuk memastikan bangunan itu terbina?

Seorang jurugambar di Malaysia telah ‘meneroka’ dibalik celah-celah kehidupan golongan ini. Beliau adalah Hishamudin Bin Hashim atau lebih dikenali sebagai AbedenMung dalam dunia fotografi. Karya-karya beliau ibarat ‘cerita’ yang dikarang tetapi hanya diterangkan menggunakan sekeping gambar.

Bagi beliau fotografi adalah seni dan ia merupakan sebuah penceritaan ‘tersirat’ yang perlu diekspresikan sendiri oleh mereka yang melihat.

Gambar : AbedenMung

Terbaru, tular sebuah gambar pekerja binaan yang diambil secara tidak sengaja oleh Abeden. Abeden telah memuatnaik sebuah hantaran di laman Twitternya yang mengadungi gambar lelaki yang merupakan seorang pekerja binaan. ‘Kicauan’ itu menjadi tular dengan cepat dan sehingga kita telah mendapat lebih dari 70,000 likes dan 26,000 ulang kicau.

Gambar : AbedenMung

Menurut Abeden, beliau hanya menggunakan telefon bimbit untuk menangkap gambar lelaki berkenaan. Nama lelaki dari Banglasdesh itu adalah Irfan Malik, ternyata nama itu seindah matanya. Abeden juga menyatakan bahawa beliau terjumpa Irfan di tempat pembinaan MRT di jalan Ipoh.

Gambar : AbedenMung
Gambar : AbedenMung

 

Sementara itu, pengguna laman Twitter terus-menerus memuji kecantikkan mata Irfan.

Gambar : AbedenMung

Ramai yang terpukau dan kagum bahawa gambar itu hanya diambil dengan menggunakan telefon bimbit

Gambar : AbedenMung

Malah ada ynag mencadangkan bahawa beliau diambil sebagai model

Gambar : AbedenMung
Gambar : AbedenMung

Dengan kecanggihan teknologi sekarang, tidak mustahil dengan hanya satu ‘petikan’ kamera mampu mengubah keseluruhan hidup seseorang. Dan disebabkan itulah, kita perlu menggunakan segala kemudahan dan keupayaan teknologi tersebut dengan sebaik-baiknya.

Sumber : AbedenMung 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.