Siakap Keli

(VIDEO) Detik Kebakaran Hotel Grand Hyatt , Asap Tebal Menyelubungi Langit Singapura

Seramai 500 orang telah dipindahkan ke tempat yang selamat setelah hotel Grand Hyatt di Singapura mengalami kebakaran. Menurut Angkatan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), insiden tersebut terjadi kira-kira jam 11.20 pagi. Kebakaran itu dipercayai berpunca dari dapur restoran di tingkat dua hotel tersebut.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=awyH1iMqaRU]

Api telah berjaya dipadamkan dengan oleh pihak keselamatan dan turut dibantu oleh dua buah jet air. Pegawai yang terlibat dalam operasi tersebut memaklumkan bahawa tiada individu yang tercedera dalam kejadian berkenaan.

Asap tebal memenuhi ruang udara (Gambar :Muhammad Syukur Mohd Haris)
Kenderaan Kecemasan Dan Penyelamat Angkatan Pertahanan Awam Singapura (Gambar : Hanidah Amin)
Pihak berkuasa dan penyelamat berada di luar perkarangan hotel (Gambar : Hanidah Amin)

Salah seorang mangsa, Rajesh Srivastava berkongsi tentang detik cemas itu, menurutnya :

“Kira-kira jam 11.00 pagi tadi, saya terdengar bunyi penggera kebakaran yang kuat. Lalu saya bergegas mencari pengawal keselamatan dan mereka menjelaskan kepada saya bahawa keaadaan itu akan segera diselesaikan”

“Namun setelah itu, terdapat dua pengumuman tentang kebakaran.”

“Apabila saya melihat ke luar tingkap, saya nampak asap besar yang kehitam-hitaman dan banyak kereta penyelamat di bawah. Mereka membunyikan siren untuk memberi amaran kepada orang awam”

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=EO7uVbMhXy8?start=7]

Namun sesi pemindahan mangsa itu berjalan lancar dan dikendalikan secara professional. Kakitangan hotel turut memberi kerjasama yang baik dalam memberi bantuan kepada golongan tua dan kurang upaya.

Kakitangan hotel membantu dalam proses ‘pemindahan mangsa’ (Gambar : mediacorp)

Semua tetamu hotel telah kembali semula ke hotel berkenaan pada jam 12.50 tengahari tadi. Tetapi masih terdapat ‘sisa asap’ di dalam hotel dan pihak hotel meminta semua pengunjung serta kakitangan memakai topeng muka.

Sumber : Channelnewsasia

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.