Siakap Keli

Facebook ‘Haramkan’ Golongan Nasionalisme Kulit Putih 2 Minggu Selepas Insiden Tembakan Christchurch

Semalam (27 Mac) pihak Facebook Inc. telah melarang semua bentuk pujian mahupun sokongan terhadap kumpulan ynag mengamalkan perilaku nasionalisme kulit putih. Arahan itu akan dikuatkuasakan di platform media sosial seperti Facebook dan Instagram.

Heidi Beirich and Kevin Hicks dalam kajian mereka mendefinisikan nasionalisme kulit putih sebagai sebuah gagasan nasionalisme yang menyatakan bahawa golongan berkulit putih ini merupakan satu kaum dan keturunan [1]. Dan mereka ingin mengembangkan serta mempertahankan ideologi ini [2].

Malah golongan ini turut menyatakan bahawa golongan kulit putih adalah yang terbaik. Mereka turut mempertahankan kedudukan mereka dengan mendominasi sektor ekonomi, politik mahupun budaya di semua negara. Ini semua dem untuk memastikan keberlangsungan ras kulit putih [3].

Gambar Hiasan

Larangan menyokong golongan tersebut telah diumumkan kurang dua minggu selepas insiden tembakan ngeri di dua buah masjlis di Christchurch, New Zealand. Hal itu berikutan insiden terbabit telah dirakam secara langsung (live) di platform media sosial oleh penjenayah yang mempunyai ideologi nasionalisme kulit putih.

Pihak Facebook berkata walaupun mereka telah melarang perasaan kebencian kepada orang awam. Namun berdasarkan perbincangan oleh ahli sivil dan akademik yang pakar dalam perhubungan kaum di seluruh dunia, sifat nasionalisme dan separatisme itu sememangnya sukar untuk dipisahkan kerana ia merupakan kebanggaan masyarakat di sana.

Malah dalam tempoh 3 bulan ini, pihak Focebook telah melakukan perbincangan lebih dari 20 kali dengan kumpulan hak asasi dan pakar perhubungan kaum di Amerika Syarikat, Eropah dan Afrika.

Gambar Hiasan

Ia memerlukan kerja keras dan usaha untuk membolehkan Facebook berada ditahap sekarang. Kristen Clarke yang merupakan Presiden dan Pengarah Eksekutif Facebook berkata golongan supremacist berkulit putih telah menyalahgunakan platform itu. Dan serangan di New Zealand telah memperlihatkan bahawa penyokong gagasan terbabit yang cuba ‘mempromosi’ aktiviti berbahaya [4].

Rujukan 

[1] Heidi Beirich and Kevin Hicks. “Chapter 7: White nationalism in America”. In Perry, Barbara. Hate Crimes. Greenwood Publishing, 2009. halaman.114-115

[2] Conversi, Daniele (July 2004). “Can nationalism studies and ethnic/racial studies be brought together?”. Journal of Ethnic and Migration Studies. Taylor and Francis. 30 (4): 815–29.

[3] Amanda Taub. 2016. “White Nasionalisme Explained”. New Yorks Times.

[4] Donnie.O. Suvillian. 2019. Facebook Bans White Nationalisme Two Week After New Zealand Attack. CNN Edition.

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.