Siakap Keli

Ibu Muda Baru bersalin Lahir Anak Kembar Pula Selepas 21 Hari

Seorang wanita yang berasal dari Dhaka, Bangladesh memeranjatkan para doktor apabila melahirkan anak kembar selepas 26 hari anaknya dilahirkan.

Keadaan ini membingungkan semua pihak terutamanya pihak hospital yang tidak langsung mengesan sebarang masalah atau kompilasi ketika anak yang dilahirkan dahulu tidak cukup bulan. Arifa Sultana,20 kemudianya ke hospital semula selepas 26 hari apabila air ketuban pecah sebelum mengetahui bahawa dia bakal melahirkan bayi kembar.

Doktor Shila Podder yang merupakan pakar perbidanan melakukan pembedahan caesarean kecemasan untuk menyelamatkan sepasang bayi kembar milik ibu muda itu. Arifa Sultana yang tinggal di kawasan Jessore di barat daya Bangladesh dibenarkan pulang dengan keadaan bayi dan dirinya selamat pada selasa, 26 Mac lepas.

Dalam pada masa yang sama, Doktor Roy yang merupakan Ketua Doktor mempersoalkan tindakan para doktor di Kolej Perubatan Khulna apabila gagal mengesan kehamilan kedua itu.

Bagi pihak Arifa Sultana, mereka sekeluarga gembira dengan kelahiran ketiga-tiga anaknya namun masih berasa bimbang untuk membesarkan mereka berikutan kehidupan mereka sendiri yang tidak berapa mewah. Suaminya hanyalah bekerja sebagai buruh dengan pendapatan sebanyak 6,000 taka sebulan (RM290).

Namun demikian, suami beliau yang bernama Sumon Biswas, kedengaran lebih positif. “Ini satu keajaiban dari Allah bahawa semua anak-anak saya dalam keadaan sihat. Saya akan cuba sedaya upaya saya untuk memastikan mereka terus gembira.”

Sumber: Berita MediaCorp

Nur Shuhada Ahmad

part-time manusia