Siakap Keli
Gambar : Google

Kerajaan Indonesia Pertimbang Sekatan Waktu Bermain PUBG

Debat mengenai permainan video dan kesan negatifnya terus menjadi perbincangan Kementerian Komunikasi dan Informasi Indonesia apabila mereka akan mempertimbangkan cadangan mengenakan had waktu untuk bermain permainan popular PlayerUnknown’s Battelgrounds (PUBG).

Menurut Ketua Pengarah Informasi Kementerian, Samuel Pangerapan, berkata, kementerian sedang mengkaji cadangan bagi mengehadkan waktu bermain permainan berkenaan.

“Kami masih belum membuat sebarang keputusan untuk mengehadkan waktu bermain PUBG tetapi kami mahu meneliti cadangan berkenaan terlebih dahulu,” kata Samuel seperti yang dipetik dari Kompas.com.

Tambah beliau, jika sekatan had waktu itu berjaya dilaksanakan, ianya bukan sahaja dikenakan terhadap permainan PUBG tetapi juga pada permainan lain yang berada di pasaran.

Menurut Samuel, kementerian mempunyai panduan untuk memberi penarafan bagi setiap permainan video yang direka mengikut kategori permainan yang bersesuaian dengan demografi umur.

Difahamkan, kenyataan ini dibuat susulan cadangan oleh Dewan Ulama Indonesia (DUI) untuk mengeluarkan fatwa mengharamkan permainan PUBG. Tindakan berkenaan adalah berikutan kebimbangan mereka berhubung tembakan rambang pengganas di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand baru-baru ini hingga mengorbankan 50 nyawa.

Sebelum itu, syarikat induk PUBG, Tencent, yang berpangkalan di China telah mematuhi permintaan dari kerajaan India untuk mengenakan sekatan waktu bermain hingga enam jam sehari di negara berkenaan.

Menurut Tencent, sekatan itu dibuat hasil daripada kompromi kedua pihak kerana kerajaan India sebelum ini bercadang mahu mengharamkan permainan itu sepenuhnya bagi membendung ketagihan di kalangan belia.

Sumber : The Jakarta Post

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di