Siakap Keli

Lagi Pesawat Boeing 737 MAX-8 Dalam Penerbangan Terpaksa Mendarat Cemas Akibat Masalah Enjin

Pesawat Boeing 737 MAX-8 milik Southwest Airlines dilaporkan terpaksa mendarat cemas di Florida akibat masalah enjin, Selasa lepas.

Ketika kejadian, pesawat yang tidak membawa sebarang penumpang tersebut dalam perjalanan menuju ke sebuah gudang di California dari Lapangan Terbang Antarabangsa Orlando untuk disimpan sementara waktu susulan penggantungan operasi pesawat jenis tersebut yang diumumkan kerajaan Amerika Syarikat baru-baru ini.

Menurut laporan CNN, juruterbang memaklumkan bahawa pesawat yang diterbangkan mereka mengalami masalah enjin tidak lama selepas meninggalkan landasan.

”Juruterbang mematuhi semua protokol dan berjaya mendarat dengan selamat kembali,” kata jurucakap syarikat penerbangan.

Operasi Boeing 737 MAX-8 digantung diperingkat dunia sejak 13 Mac yang lalu selepas dua tragedi maut yang menimpa Ethiopia Airlines serta Lion Jet, masing-masing Mac tahun ini dan Oktober tahun lepas.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada masalah yang menimpa Southwest Airlines sama dengan insiden dua syarikat sebelum ini.

Para penyiasat sebelum ini memberi tumpuan kepada sistem ‘anti-stall’ berbanding masalah enjin.

Soutwest Airlines pesawat Boeing 737 MAX-8 miliknya akan dihantar ke gudang simpanan untuk tujuan penilaian semula. Insiden terbaru tersebut turut mendapat perhatian Badan Pentadbiran Penerbangan Kebangsaan (FAA) Amerika Syarikat.

Syarikat berkenaan memiliki sebanyak 34 buah pesawat Boeing 737 MAX-8.

Sumber: CNN

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.