Siakap Keli
Gambar Kredit Expat Living

Semak Dulu Cuaca Di Malaysia Sebelum Beli Tiket Supaya Percutian Lebih Berbaloi

Sebelum merancang percutian, apa kata korang check dulu cuaca di Malaysia ni untuk mengurangkan sebarang risiko.  Sekurang-kurangnya, kalau korang dah tahu bulan yang korang nak pergi tu musim hujan, bolehlah elak awal-awalkan?

Cuaca di Malaysia ini dibahagikan kepada dua Monsun iaitu Barat Daya dan Monsun Timur Laut.

Monsun Barat Daya (Bermula dari akhir bulan Mei ke September)

  • Membawa cuaca kering.

Monsun Timur Laut (Bulan November ke Mac)

  • Membawa hujan lebat terutama di kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia dan barat Sarawak.

Persediaan untuk menghadapi monsun lembap

Sebelum Musim Monsun

  • Sentiasa mendengar siaran radio, televisyen atau media sosial untuk amaran angin kencang dan laut bergelora.
  • Pastikan bekalan air dan makanan yang tidak mudah rosak disimpan secukupnya.
  • Bersihkan longkang, parit dan talang hujan daripada tersumbat.

via GIPHY

Semasa Musim Monsun

  • Tinggal di tanah kukuh. Jauhi dari longkang beraliran laju, sungai dan kawasan banjir.
  • Jangan memandu ke kawasan banjir. Elakkan daripada melalui jambatan yang tidak kukuh dan jalan yang selalu dinaiki air.
  • Ikut arahan pihak berkuasa pengurusan bencana tempatan.
  • Bersedia untuk berpindah jika diarahkan terutamanya bagi yang tinggal di kawasan pantai, berhampiran sungai atau kawasan rendah.
  • Pastikan kenderaan anda diletakkan di tempat tinggi dan segala harta benda yang lain terjamin daripada kerugian dan kemusnahan akibat daripada banjir.
  • Elakkan daripada pergi ke laut dengan menggunakan kapal atau bot kecil.

Sumber: Jabatan Meteorologi

Nur Farra