Siakap Keli

“70% Jaga Makan, 30% Exercise,” Lelaki Ini Berjaya Kurangkan Berat Badan 30kg Dalam Masa Lima Bulan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kurus cara sihat hampir kedengaran mustahil bagi kebanyakan wanita atau lelaki yang bertubuh besar. Kalau berpandukan pada teori, semuanya kedengaran mudah. Namun untuk melaksanakannya, pasti menuntut disiplin dan dedikasi yang tinggi.

Jika sudah terbiasa dengan minuman berkarbonat, snek ringan atau manisan, sudah tentu besar cabaran yang terpaksa dipikul jika anda tekad untuk menguruskan badan. Itu baru gula. Belum lagi disuruh mengekalkan tabiat bersenam seminggu sekali dan memakan makanan yang berkhasiat.

via GIPHY

Perkongsian oleh  Noor Nashriq boleh dijadikan sumber insirasi buat orang lain untuk mendapatkan berat ideal. Dari berat 107 kg hingga berjaya mencecah 77 kg, lelaki ini berjaya mengurangkan sebanyak 30 kg dalam masa 5 bulan sahaja. Wow, hebat dan boleh dijadikan ikutan untuk korang.

Assalamualaikum.  Mac 2019 ni adalah bulan ke 5 saya amalkan healthy lifestyle dan diet yang agak berdisiplin.

Berat sebelum ni 107kg ( Okt 2018) dan terkini 77kg (Mac 2019).  Total 30kg lost weight.

Body fat mass sebelum 43.5kg
Body fat mass sekarang 17.9kg
Still over (normal range 7.7-15.4kg)
Kena berusaha lagi untuk sampai target normal.

Apa yang saya buat?
70% jaga makan, 30% exercise.
Sebelum kawin 7 tahun lepas kurus jee..Masa tu 70kg camtu.
Tapi penangan lepas kawin, stop segala sukan yang buat sebelum kawin tu dan melantak ikut suka menyebabkan badan saya mengembang dengan jayanya.

Apa yang menyebabkan saya nak kurus?
1st adalah susah nak cari baju dan seluar..
Kalau nak beli mesti selak2 sampai susunan paling bawah sebab confirm saiz besar dekat susunan paling bawah kan.  Itu pun kalau ada hahaha..
Sebelum ni pakai baju saiz XXL, sekarang saiz M/L.
Seluar plak sebelum ni saiz 39/40.
Sekarang saiz 32.

Sebelum ni bila berjalan sikit je, tapi mengah dia bukan main lagi. Pastu sakit kaki bila berdiri agak lama. Bila weekend (time shoot wedding) confirm kena berdiri lama dan perlu bergerak ke sana sini sepanjang event berlangsung.
Balik job, esok tu confirm kaki akan sakit dan susah nak berjalan..

Disebabkan ramai yang bertanya apa tips saya dapat kurangkan berat.
Ok kat sini saya cuba share apa yang telah dibuat selama 5 bulan ni..

Antaranya:

1. Target dulu berapa kg nak kurang.

Macam saya sebelum ni 1st target adalah 90kg. Bila dah capai, target 80kg plak.
Pastu skrg dah 77kg. Kenapa tak target terus 80kg? Sebab permulaan takut tak dapat buat sampai macam tu, nanti stress sendiri ja kalau tak capai, jadi saya target ikut step by step.

2. Kita kena tahu berapa calorie intake untuk sehari.

Jadi kita boleh kawal apa yang kita makan agar tak lebih atau kurang sikit dari yang diperlukan seharian.

Saya gunakan apps mynutri diari 2.
Boleh install kat play store/app store.
Dengan apps ni korang boleh tau dan key in apa yang dimakan dan akan dikira total kalori seharian.
So dari situ kita boleh kawal pemakanan harian.

3. Saya tak ambil minuman manis. Hanya minum air kosong.

Untuk sehari saya amalkan 3-4 liter air kosong.
Tapi kuat kencing laa.
Mula2 memang agak susah nak stop minuman manis, tapi lama2 korang akan rasa ok.
Mental kena padu.

4. Nasi ambil tak?

Nasi hanya ambil 1 senduk untuk setiap kali lunch dan dinner. Kalau dapat amalkan beras perang lagi baik.
Dinner ambil tak?
Untuk dinner pun saya still makan macam biasa cuma 1 senduk..
Dinner sebelum jam 8 malam.
Lebihkan sayur dan buah setiap kali lunch dan dinner.
Amalkan suku-suku separuh.
Insyallah berkesan.

5. Kurangkan makanan masin/manis/bersantan/berminyak.

Saya banyak makan rebus,bakar dan tak ambil makanan bergoreng.
Kalau masak kat rumah memang banyak gunakan pressure cooker dan air fryer.

6. Jogging 2-3 kali seminggu

Atau buat body weight training dan ada jugak main badminton 1-2 kali camtu seminggu.
Tak pandai main pun tapi nak berpeluh punya pasal on ajaa.

Ataupun apa2 aktiviti yang berpeluh dan ada pergerakan. Basuh kereta atau panjat tangga pun ok.
Bawak anak2 ke taman permainan pun ok..kira aktiviti sihat jugak.

7. Timbang 1 kali seminggu.

Jangan hari-hari nanti stress kalau tak nampak penurunan.
Tetapkan hari dan masa yang sama.
Macam saya setiap pagi isnin sebelum breakfast.

8. Disiplin dalam diet dan aktiviti fizikal.

Yang ni agak susah nak kawal tapi sebab mental dah set nak kurus/kurangkan berat so memang kena kuat jugak.

Semua tips ni sama je macam yang orang lain share.
Apa yang penting disiplin dan mental kena kuat. Ingat apa yang nak capai.
Azam tu kena padu insyallah ada hasilnya.

*Boleh share kalau rasa bermanfaat untuk orang lain.

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Editor: Mohd Firdaus

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di