Siakap Keli
Gambar: Independent.ie

Tips Bagi Mereka Yang Selalu Rasa “Down” Dalam Hidup

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kehidupan memang penuh dengan pancaroba. Ada suka ada duka ada manis dan ada pahitnya. Begitulah lumrah kehidupan. Sebagai seorang insan yang lemah diatas muka bumi ini sudah pasti kita atidak akan pernah  dapat lari dengan pelbagai dugaan dan cabaran dalam kehidupan harian kita.

Begitu juga dengan ujian dan dugaan yang kita sering hadapi di dalam kehidupan ini. Jika diteliti secara halus, ujian yang diberikan oleh Allah sebenarnya mempunyai hikmah disebalik ujian itu. Oleh itu kita sebagai hambanya haruslah tidak merungut dengan ujian yang diberikan olehNya sebaliknya mensyukuri ujian tersebut.

Normaliza Mahadi baru ini  ada berkongsi tips bagi mereka yang sering merasa “down” dalam kehidupan sehari-hari. Moga dengan tips yang diberikan olehnya mampu memberi manfaat kepada pembaca semua. Mari baca perkongsian beliau.

Kadang dalam hidup ni kau memang rasa down. Lemah. Tak bermaya. Rasa tak nak jumpa orang. Rasa macam nak nangis tak tentu pasal. Nak marah tak tentu hala. Kau rasa dunia ni macam bukan tempat kau. Rasa tersingkir. Pedih. Dan 1001 macam perasaan lagi. Sebelum kau jumpa bomohlah apalah ustazlah dan doktorlah. Cuba kau tengok sekeliling hidup kau

1. Kemaslah rumah yang dah macam tongkang pecah tu..

Gambar Hiasan

2. Buanglah barang yang dah tak guna tapi simpan dah berbelas tahun. Kerusi tak ada kaki satupun masih ada kat depan rumah dengan harapan 5 tahun dulu akan diperbaiki dan diguna semula.

3. Tukarlah cadar bilik tu. Dah berkuman berbakteris bervirus dan kepam dah. Manalah nak sihat dan nak hati berbungga kalau tempat rehatpun kotor dan tak terurus.

Gambar Hiasan

 

4. Kemas peti ais yang dah berkulat tu. Susun balik makanan yang kau tak tahupun ada sebab dah lama beli tapi tak buat apa. Gantikan dengan makanan sihat.

5. Bilik air tu basuhlah. Berus dan letak wangian sikit. Supaya bila masuk baunya segar dan menyelesakan. Ini dah lagi serabut dari tandas awam!

Gambar Hiasan

6. Bukak almari tu dan buang semua baju yang dah koyak, beretas benang, kecik dan tak sesuai pakai lagi. Biarlah baju yang ada tu baju yang pakai. Pergi simpan baju yang tak pakai kenapa??

7. Kemas handbag tu. Macam-macam resit ada. Bukan boleh claim pun. Tisu hingus pun ada lagi. Macam-macam sampah

8. Google makanan sihat dan berkhasiat Bukan susah naa pun. Google aje dulu. At least ada idea nak makan apa.

9. Buang aje kawan toksik dalam FB ni. Unfriend. Menyemak aje baca status yang ntah apa-apa. Memerli dan menghina. Kau pun terasa. Tengok youtube macamana nak unfriend orang. Tapi saya tak nak memutuskan silaturahim.. kau unfriend tapi simpanlah no telepon dia. Besok raya ke anak nak kahwin ke, jemputlah. Tak akan itupun nak ajar.

10. Kemas kereta korang yang dah berserabut tu. Buang benda tak guna dan sampah sarap tu. Supaya bila masuk kereta, hati jadi tenang. Mana tak sedih, kereta bayar beribu tapi dah macam lori sampah!

11. Masuk bilik anak dengan plastik sampah hitam heavy duty tu. Kutip dan buang benda tak relevan. Ajar anak berkemas. Kemas. Kemas. Kemas. Mainan anak yang rosak tu kau buang.

12. Masuk store. Benda yang dah tak usik lebih setahun makanya tak guna. Bagilah kat orang. Baby cot tu kau nak buat apa? Anak kau paling kecik dah umur 10 tahun. Dan kau pun tak boleh beranak lagi. Cucu tu nanti biar mak ngan bapak dia beli baru.

13. Kau round kawasan rumah. Buang pasu yang dah retak 1000 tu. Tayar kereta saga kau yang kononnya nak tanam pokok tu, campakkanlah. Dah 15 tahun projek tak berjalan. Pilihanrayapun dah 3 kali. PM dah bertukar, projek tanam pokok kau masih di tahap angan-angan

Gambar Hiasan

14. Apa segala benda kat porch rumah tu, kemas kan. Barulah masuk rumah bersemangat. Benda yang tak guna buang. Rim tayar yang tak taulah nak buat apa tu, jual. Dapat gak duit

15. Beli sejadah dan telekung baru. Beli AlQuran yang baru gak. Untuk semangat beribadah. Kan ke mengingati Allah itu hati jadi tenang.

Gambar Hiasan

Kadangkala perasaan down ni datang dari persekitaran dan kehidupan yang serabut. Ubah aje kehidupan tu.

Kepada yang memang ada masalah kesihatan, jumpalah Dr untuk diagnose yang betul. Berjuta kerajaan bayar dia orang untuk belajar. InsyaAllah, kita akan dapat menafaat.

Sekian, harap maklum.

by NM

#solutionfocusedbrieftherapy

Sumber: Normaliza Mahadi

 

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di