Siakap Keli

(Video) 20,000 Banjiri Hagley Park Hari Ini Sempena Majlis Memperingati Mangsa Serangan Pengganas Di Christchurch

Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern disambut ribuan orang berkumpul di Hagley Park untuk memberi peringatan kepada 50 orang yang terbunuh dalam serangan pengganas terburuk negara itu.

“Dunia telah terperangkap dengan masalah kebencian dan ia harus dihentikan.  Kita tak boleh nak lalui semua ini sendiri, tiada siapa pun daripada kita boleh.  Jawapannya terletak kepada kemanusiaan.  Tapi, buat masa ini kita akan mengingati air mata negara dan jalan penyelesaian baru yang kita telah gubah,” kata Jacinda.

“Kami akan pegang kuasa itu, dalam bentuk kata-kata, tindakan, dan kebaikan seharian.  Biarkan tarikh 15 Mac ini sentiasa diingati.”

Kira-kira 20,000 orang menghadiri acara itu, termasuk perdana menteri Australia Scott Morrison dan ketua negara lain.

Farid Ahmed yang selamat dari srangan masjid Al Noor tetapi kematian isterinya berkata ketika ditanya mengapa dia telah memaafkan pengganas itu, “Allah mencintai mereka yang mengawal kemarahan dan mengampuni sesama manusia.”

“Saya berterima kasih kepada warga New Zealand kerana hadir hari ini.  Ia menunjukkan kepada dunia betapa New Zealand ini negara yang aman.”

Selain mangsa yang terselamat, penyanyi British, Cat Stevens yang sudah memeluk Islam turut hadir dan memimpin bacaan doa.

Majlis bertemakan ‘Kita Adalah Satu’ disiarkan secara langsung melalui stesen tv tempatan.

Sumber: The Guardian

Nur Farra